FUN TO DRIVE!

Cosmo teruja kerana berpeluang memandu uji Honda Jazz Hybrid dan City Hybrid, kereta yang menjadi pilihan ramai anak muda kota masa kini. Keseronokan yang tiada tandingan dengan kelas tersendiri!

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFESTYLIST -

Apa yang menarik tentang model baru hibrid ini? Ia menggunakan sistem Sport Hybrid i-DCD ( Intelligent DualClutch Drive) yang lebih berkuasa serta efisien. Jazz Sport Hybrid dan City Sport Hybrid i-DCD menjadi pilihan ramai kerana ia menawarkan pemanduan menyeronokkan tanpa menjejaskan kecekapan bahan api. Jangan risau, kedua-duanya low maintenance kerana penyelenggaraannya mudah di mana jadual penyelenggaraan hampir sama dengan kereta petrol serta waranti lapan tahun tanpa had untuk bateri lithium-ion berkuasa tinggi. Berbaloi!

Bukan itu saja, kemajuan reliability dipertingkatkan seperti pendingin hawa tetap dalam mod on walaupun kereta berhenti akibat kesesakan lalu lintas dan bahan bakar lebih efisien, pendek kata jimat minyak kamu! Enjin 1.5L keduadua kereta ini disokong dengan motor elektrik berkuasa tinggi untuk menyampaikan prestasi setara enjin 1.8L. Terdapat tiga mod pemanduan – EV, hibrid dan sport. Hanya tekan butang Sport Mode untuk pemanduan yang lebih mengujakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.