Confessions

PEMBACA COSMO KONGSI PENGAKUAN PALING KELAKAR DAN MEMALUKAN YANG PERNAH DILALUI.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

“Saya rasa tak sihat tapi demi teman baik, saya gagahkan juga diri untuk hadir ke parti hari jadinya. Sebaik tiba, saya mula berasa loya dan muzik yang terlalu kuat buatkan kepala saya bertambah pening. Cepat-cepat saya berlari ke bilik air tapi malangnya, ramai pula tetamu beratur untuk gunakan tandas. Tanpa sedar, saya menoleh ke arah tingkap dan muntah dari tingkat atas. Bila turun, saya lihat dua tetamu sedang lap badan mereka kerana terkena percikan muntah tadi. Harap mereka maafkan saya.”

“Period saya datang awal dari waktu yang dijangkakan. ‘Bocor’ pula ketika dalam kelas dan saya bertanya pada teman sebelah jika dia ada pad. Dari belakang hingga ke depan ditanya, akhirnya ada teman yang bawa. Sebelum keluar, saya ikat jaket di pinggang dan sempat ‘melambailambai’ pad di udara dan berkata, ‘I have to take care of some business. I’ll be back!’ Satu kelas tergelak. Dalam fikiran saya, lebih baik melawak daripada malumalu keluar dengan baju yang ada kesan darah. Tapi nasib baiklah semuanya perempuan!” – Rachel, 21

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.