Secrets OfAn In-Salon Spy

Ada kalan kalanyaa kamukam mahmahu lebih daripada sekadar potong dan cuci bila ke salun tapi kamu tak pasti apa yang kamu mahu. Sinilah, Cosmo nak beritahu…

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY NOTES -

MUNGKIN KAMU DAH ‘USHA’ MENU TERTERA DI PINTU SALUN, ATAU SEBAIK KAMU DUDUK, TERPAMPANG PROMOSI ISTIMEWA BULAN INI JADI KAMU HANYA MEMILIH APA YANG KAMU NAMPAK SEDANGKAN ADA BANYAK LAGI PERAWATAN BOLEH KAMU CUBA YANG MUNGKIN LEBIH SESUAI. VITAMIN RAMBUT, RAWATAN KOLAGEN DAN PELBAGAI JENIS PUPUR YANG MENYERIKAN, MELEBATKAN, MENGHIDRATKAN, MEMUDAKAN YANG BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT KEPERLUAN RAMBUT INDIVIDU. MUNGKIN KAMU PERLU TAHU APA YANG KAMU MAHU DAN JUGA KATA-KATA KUNCI TERTENTU SEBAIK KAMU MEREBAHKAN PUNGGUNG DI KERUSI BERHADAPAN CERMIN SEPARA PENUH DI SALUN.

L’Oreal Professionnel Powermix

SOS untuk rambut yang merapikan ‘mahkota’ kamu dengan formula berkonsentrasi tinggi yang dicampur dan dijadikan pupur untuk digunakan ketika membilas rambut. Ia juga boleh kamu beli untuk digunakan di rumah. Kamu bayangkan stylist kamu seperti doktor yang mempunyai pelbagai penawar daripada Vitamin B hinggalah ke glycerol menghidratkan serta pemulihan lipid. Mengapa Perlukannya Kamu menggunakan produk khusus untuk jenis kulit kamu, kenapa tidak untuk rambut? Bila Setiap kali kamu ke salun atau bila-bila sahaja kerana tiada istilah ‘terlebih’ untuk rawatan ini.

Aveda Scalp Facial

Ritual ini dilakukan di tempat duduk di mana mereka menggunakan berus khas untuk melonggarkan kotoran daripada folikel serta merangsang kulit kepala (seperti memberus kering kulit di spa). Kemudian di tempat membilas, rambut disyampu dan dirawat dengan pupur rumusan rumpai laut dan bilasan kaya antioksidan untuk menghalang radikal bebas daripada merosakkan rambut atau membuatkan warna rambut kusam. Mengapa Perlukannya Kulit kepala kamu juga terdedah kepada segala kerosakan seperti kulit wajah – produk, persekitaran, diet, hormon. Bila Kala kulit kepala terasa sesak dan berat, kamu dah tak tahan lagi.

Schwarzkopf Professional Goodbye Yellow

Ini untuk kamu yang dah warnakan rambut dengan cool blonde dan faktor-faktor seperti matahari, kolam renang atau air laut membuatkan yang cool tadi jadi kuning berkarat! Bergantung kepada warna blonde rambut, Goodbye Yellow dilakukan di tempat membilas sebagai cucian meneutralkan kekuningan (karat) untuk mengekalkan warna cool blonde itu. Cepat dan mudah, tak perlu mewarna semula. Mengapa Perlukannya Cool blonde dan kuning berkarat adalah dua efek berbeza dan kerana blonde adalah pilihan warna yang sangat menonjol, bahagian yang luntur dan berkarat itu is definitely not pretty.

Bila Kala kamu lakukan semua aktiviti di atas dan ditinggalkan dengan kesan warna yang langsung tidak menarik.

Shiseido Salon Solutions: Hair Revitalization Program

Salon Solutions terdiri daripada lima langkah yang diilhamkan oleh pendekatan kosmetik perubatan, seperti exfoliation dan detoksifikasi. Pelanggan dapat mengalami sepenuhnya teknologi canggih yang dilahirkan daripada idea ‘transformasi tekstur rambut’. Rawatan ini dibentangkan melalui Salon Bihatsudo yang menekankan seni untuk mencapai rambut yang cantik di salun yang merangkumi semangat unik layanan Omotenashi. Mengapa Perlukannya Kamu boleh pilih jika rambut bermasalah maya, lembapan atau frizz dan mereka akan sesuaikan mengikut keadaan rambut berbeza.

Bila Kala rambut kamu tak mampu ditolong lagi dengan segala perawatan di rumah dan perlukan bantuan pakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.