Maksimumkan Kepuasan Dengan Lima Deria

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE& MEN -

Again...sex is not about physical penetration only! Ia sebenarnya melibatkan lima deria semula jadi manusia. Apakah yang dapat memaksimumkan kepuasan kamu dan suami di kamar? Oleh Iqa Norhizam Pandangan

Pastikan kamu memiliki suasana yang sesuai untuk sesi hangat bersama. Siapkan kamar untuk hasilkan suasana menggoda. Kemas terlebih dahulu persekitaran bilik tidur dan rapikan katil kamu yang mungkin berselerak. Matikan lampu utama dan pasang cahaya yang lebih redup dan malap seperti lilin di seluruh bilik. Sediakan juga pakaian dalam yang menggoda dan seksi yang mampu menangkap mata serta nafsu suamimu. Ketika sedang asyik bersama, jangan malu untuk tayang tubuhmu. Berikan pandangan menggoda sekali gus perhatikan setiap inci tubuh suamimu dan biarkan diri kamu tergoda kerananya.

PERCAYA ATAU TIDAK, HUBUNGAN INTIM SEBENARNYA MELIBATKAN LIMA DERIA YANG DIMILIKI SETIAP ORANG, DARIPADA PENGLIHATAN, SUARA, BAU-BAUAN, SENTUHAN DAN DERIA RASA DI LIDAH KAMU. SAYANGNYA, RAMAI PASANGAN TIDAK MENGAMBIL PELUANG UNTUK MAKSIMUMKAN KESEMUA DERIA INI KETIKA BERINTIMASI. ALASANNYA? MALAS UNTUK BEREKSPERIMEN, TERGESA-GESA, MALU ATAU TIDAK TAHU BAHAWA DERIA MEMAINKAN BANYAK PERANAN UNTUK MENCIPTA AKSI RANJANG YANG LEBIH BERKUALITI. BUAT KAMU YANG MAHU CUBA BERMAIN CINTA DENGAN LIMA DERIA INI, JADIKAN TIP

COSMO INI SEBAGAI PANDUAN. 2 Sentuhan

Terdapat pelbagai cara untuk menyentuh kala ‘bersama’ dan ia tidak terhad kepada sentuhan jari saja. Tekstur cadar katil, pakaian dalam suami mampu berikan signal sensual kepada otakmu. Tapi semestinya cara terbaik untuk stimulasi adalah dengan menyentuh bahagian tubuh suamimu terutama di zon sensitif. Mengurut suami atau mandi bersama boleh membangkitkan deria sentuhan tersebut. Cuba okey.

3 Suara

Persiapkan mood bersama alunan muzik. Muzik instrumen piano, jazz lembut atau deruan ombak di pantai antara bunyi yang sesuai untuk bangkitkan mood berahi. Jangan lupa, suara kamu sendiri juga memainkan peranan! Ekspresikan perasaanmu kepada sang suami. Katakan yang manis-manis kemudian ‘rayu’ padanya untuk luahkan kata-kata yang boleh menaikkan ghairahmu. Jangan hanya berdiam dan menggigit bibir. Moaning boleh meningkatkan erotik dan selalunya suami lebih terangsang bila isterinya bersuara ketika di ranjang. Kamu hanya perlu menjaga volume suara agar tidak didengari atau mengg mengganggu orang sekeliling.

4 Bau-bauan

Elakkan pengambilan makanan yang meninggalkan bau kurang sedap di mulut seperti bawang putih. Sebaiknya, berus gigi dan lidah kamu terlebih dahulu kemudian kumur dengan penyegar mulut. Ia akan buatkan suami kamu lebih bersemangat dan berahi ketika bercumbu. Tarik perhatian suami dengan bau-bauan harum yang lembut dan sensual. Lilin aromaterapi boleh menjadi pilihan. Selain itu, segarkan tubuhmu dengan wangian, mandi dan cuci rambut dengan produk yang wangi dan sapu tubuh dengan losen. Tapi pastikan wangian tersebut tidak berlebihan hingga boleh buat suami kamu pening.

Rasa

Hidangkan makanan yang kamu anggap mampu bangkitkan keghairahan seks. Ketika makan bersama, ceritakan khasiat makanan tersebut kepada suami kamu. Contohnya, kebolehannya untuk membuat ereksi bertahan lebih lama, orgasma lebih hebat atau organ seks lebih sensitif. Cara ini secara tak langsung akan membuat permainan di ranjang lebih hangat dan kepuasan tercapai. Hidangkan juga makanan yang manis seperti coklat atau krim bersama buah strawberi. Makanan ini akan membuat lidah kamu lebih sensitif. Tip Cosmo, hidangkan makanan dalam kuantiti yang kecil supaya kamu dan suami tidak terlalu kenyang dan kemudian tertidur. Hanya makan kuantiti yang mencukupi sebagai bekalan tenaga untuk beraksi di ranjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.