SHELLA FAEIZ,

Cosmopolitan (Malaysia) - - LOVE& MEN LOVE THERAPY -

26, PENGASAS

THE BAKED (@HELLOSHELLAFAEIZ)

Merupakan pengasas Baked Fat Burning Gel, Shella is the definition of a hot wife! Menjadikan Gal Gadot sebagai benchmark untuk body goals, dia amat gemarkan senaman kickboxing dan seperti kebanyakan orang lain, tidak suka #legsday!

Apakah body goals kamu?

Setiap orang memiliki body goals tersendiri. Ada yang fokus untuk dapatkan punggung yang lebih terbentuk dan anjal, ada pula yang mahukan tubuh berotot. Bagi saya, dari dulu lagi saya inginkan susuk tubuh yang lean and toned dan tidak terlalu bulky. I don’t want to overdo it. Cukup sekadar flat abs, toned arms and legs. Contoh terdekat adalah tubuh persis Kayla Itsines, jurulatih kecergasan antarabangsa.

Sebelum ini kamu sudah pun bertubuh langsing. Apa yang buat kamu mahu bersenam?

It is not about your clothing size but it’s about your health. Walaupun saya sememangnya bertubuh kurus, tapi tidak bermakna ia sihat. Tambahan, dengan bersenam ia buatkan kamu rasa lebih hebat, fokus dan cekap. Saya berpegang pada prinsip ‘look good, feel good’. Kamu memilki satu tubuh saja untuk digunakan sepanjang hidup dan keadaan tubuh kamu tidak akan kekal sama jika kamu tidak menjaganya. Saya mahu kelihatan 20 tahun lebih muda apabila saya mencapai usia 40-an.

Siapa sumber inspirasi kamu dalam mencapai body goals?

Selain Kayla Itsines, tentunya pelakon watak Wonder Woman, Gal Gadot. Setiap kali melihat gambarnya, ia berikan inspirasi kepada saya untuk tidak berputus asa dalam mencapai body goals saya. Ada kalanya apabila saya berasa malas, saya akan ‘psycho’ diri sendiri dan lihat gambarnya untuk buatkan saya lebih bersemangat! Saya juga sering gunakan #trainingtobeatgalgadot untuk workout routine di Instagram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.