Eye Want Food!

Kesihatan mata sebenarnya bergantung pada pemakanan kamu. Untuk mengelakkan masalah penglihatan seperti degenerasi makula, amat digalakkan untuk lebihkan lima makanan ini.

Cosmopolitan (Malaysia) - - BODY NEWS -

1 Lutein

Nutrien penting yang terdapat dalam sayur berdaun dan telur.

2 Asid lemak Omega-3

Membantu mengekalkan integriti sistem saraf, sel fuel dan menguatkan sistem imun. Kebanyakan ikan kaya dengan lemak ini.

3 Vitamin C

Bukti saintifik menunjukkan nutrien ini mengurangkan risiko katarak mata. Antioksidan ini terdapat dalam buahbuahan dan juga sayur-sayuran.

4 Vitamin E

Melindungi sel di dalam mata daripada molekul tidak stabil yang dipanggil radikal bebas yang merosakkan tisu sihat. Antioksidan ini terkandung di dalam kacang, bijirin dan juga keledek.

5 Zink

Berperanan penting membawa Vitamin A dari hati ke retina. Ia membantu menghasilkan melanin yang merupakan pigmen pelindung di dalam mata kamu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.