Apakah Tahap Keberanianmu?

Cosmopolitan (Malaysia) - - COSMO QUIZ -

1 Setelah lamanya beratur di kaunter kafe, seorang wanita menolakmu ke tepi dan terus memesan kopi. TIndakan kamu:

__ A. Marah juruwang, “Eh, you tak nampak ke I sampai dulu?”

__ B. Katakan, “Maaf. Mungkin you tak perasan, tapi ada barisan di sini dan I sedang beratur.”

__ C. Ambil pesanannya yang sudah siap dan ucap, “Terima kasih!”

2 Bila jejaka yang bertukar nombor telefon denganmu di gim tempoh hari masih belum menghubungimu, kamu mulakan langkah dengan:

__ A. Berjumpanya di satu tempat dan berseloroh, “Hmm, tak call I pun.”

__ B. Bertanya jika dia berminat untuk join kelas kardio dengan kamu esok.

__ C. Tanya temantemannya di gim sama ada dia sudah ada kekasih atau belum.

3 Seorang rakan sekerja letak jawatan dan kamu yakin kamulah yang paling layak untuk gantikan tempatnya. Untuk buat bos tahu, kamu katakan:

__ A. “Saya rasa saya layak untuk jawatan ni. Saya dah bekerja keras, dan memang nampak betapa dedikasinya saya pada syarikat ni.”

__ B. “Saya bersedia untuk cabaran baru. Saya teringin sangat kerja ni dan yakin boleh tunjukkan prestasi cemerlang jika diberi peluang.”

__ C. “Saya berminat untuk mara ke tahap seterusnya, jadi tolong ingat pada saya bila ada jawatan kosong nanti!”

4 Ex- BF berada di sekitar kawasan perumahanmu pada hujung minggu dan dalam diam kamu berharap masih ada ‘spark’ antara kalian. Cara kamu meluahkannya:

__ A. Hantar teks kepadanya, “You, me, sushi date, malam Sabtu ;-).”

__ B. E-mel dan katakan kamu hargai sangat jika dia boleh luangkan masa minum bersamamu.

__ C. Buat kejutan dengan menyambut kedatangannya di hotel tempat dia menginap.

5 Kamu sudah lama teringin untuk tinggal di bandar metropolitan, dan kamu putuskan untuk realisasikannya tahun ini. Apa rancanganmu?

__ A. Hantar mesej kepada semua temanteman di Facebook dan minta mereka tolong carikan kamu kerja.

__ B. Hubungi rakan sekerja dan teman-teman yang menetap di sana untuk dapatkan nasihat, dan lihat semua laman web kerjaya.

__ C. Kamu tiada apa-apa rancangan. Tumpang saja tidur atas sofa di rumah temanmu dan lihat saja bagaimana nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.