Babel.Fit

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFESTYLIST HOTSPOT -

Alamat: Menara Ken TTDI, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 6am - 11pm (Isnin-Jumaat) / 7am - 9pm (Sabtu & Ahad)

Sebaik melangkah masuk ke gim ini, Cosmo terpegun dengan reka bentuk dalaman dan vibe mewah yang ditonjolkan bermula dari pintu masuk hinggalah ke changing room. Percaya atau tidak, Babel.Fit menawarkan 19 kelas fitness yang kamu boleh ikuti seperti pilates reformer, aqua fit, groove thang and the list goes on... Cosmo satu team memilih kelas tarian dan kecergasan Grind untuk tingkatkan keyakinan dan memperbaiki postur badan yang diketuai jurulatih profesional, Maybelline. Kelas tarian selama 90 minit ini juga mampu membakar kalori lemak. Walaupun penat, badan terasa segar selepas mengeluarkan peluh. Apatah lagi bila dapat berenang, bersauna dan segarkan diri di one of a kind changing room. Just love! Harga ahli cukup berbaloi iaitu RM250 sebagai yuran permulaan dan RM250 lagi untuk yuran bulanan. Tunggu apa lagi? Ajak teman-teman sertai kelas kecergasan di gim ini bersama kamu!

Tak salah untuk selfie dan ' tayang badan' kerana back drop changing room di sini memang 'wow'!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.