Angan-angan & REALITI

Dapatkan EH! edisi digital hari ini! Lawati www.eh.com.my untuk maklumat lanjut.

EH (Malaysia) - - Sepintas - PILIHAN EDITOR TIMBALAN PENGARANG majalaheh@bluinc.com.my Khairul Abidin

Satu malam di Tokyo, saya dan dua lagi teman editor dibawa Karen (dari Dior) menikmati makan malam di The Mado Lounge. Restoran yang terletak di aras 52 di Mori Tower ini memberi ruang untuk kami bersantap sambil menikmati suasana malam sekitar Tokyo. Pemandangannya cukup cantik.

Di meja makan macam-macam yang dibualkan, dari soal kerja, peribadi dan gosip sikit-sikit. Antara yang menarik dan buat saya berfikir bila dua teman editor saya tadi merungut susahnya hendak mencari staf yang berkebolehan dan passionate dengan kerja. Kata mereka generasi baru sekarang ramai yang hidup di alam fantasi, banyak berangan-angan.

Terry (editor FEMALE) berkongsi kisah-kisah lucu beberapa sesi interviu penulis baru. Rata-rata yang datang adalah fresh graduate. Seorang calon ni, sewaktu interviu sungguh rancak bercakap, yang menariknya cakap Inggerisnya slang Amerika, mengundang Terry bertanyakan soalan seterusnya, “Where did you get that American accent? Did you study there?”. Dan dengan penuh yakinnya gadis itu membalas, katanya slanga Amerika itu semua adalah pengaruh TV. Too much HBO & MTV rasanya.

Seorang calon lain pula tanpa segan silu bertanya, bilakah dia dapat mengikuti press trip. OMG, belum diterima kerja sudah demand itu ini. Sally ketawa, “Ini semua salah kita jugalah, suka upload gambar press trip ke luar negara di Instagram dan Facebook… Semua orang ingat kerja kita pergi jalan sahaja ha ha.” “Ya lah, tak kan nak upload gambar pukul 12 tengah malam masih stay back di ofis. Siapa pula hendak tolong snap kan,” Terry mencelah.

Itu belum lagi ragam-ragam pelajar yang buat internship. Ada sesetengah intern mengeluh bila disuruh buat fotokopi dan iron baju. Lebih kronik, ada yang heret orang gaji ke studio untuk tolong gosokkan baju-baju untuk penggambaran.

Bila difikir-fikirkan ramai yang sudah salah faham dengan kerja-kerja di majalah khususnya majalah fesyen. Semua sangka kerja majalah glamor, hanya pakai cantikcantik, pergi event bersosial dengan who’s who, balik pejabat tulis cerita, selesai! Walhal ada banyak kisah belakang tabir yang orang tidak tahu.

Yang cantik-cantik itu hanya di majalah kerana tentunya kami mahu pembaca menikmati hasil kerja kami yang terbaik saban bulan. Seperti edisi ini, kami paparkan busana, solekan dan dandanan yang hangat sahaja. Himpunan terbaru musim luruh/dingin ’13 kami persembahkan dalam 21 halaman istimewa sebagai rujukan gaya hingga hujung tahun. Dan bila anda sudah pakai lawa-lawa, sempurnakanlah dalaman dengan ‘karakter’ yang lawa-lawa juga. Jangan hanya mahu cantik tapi berfikiran cetek. Kan lagi bagus jika rupa yang cantik, suai padan berjenama itu disempurnakan dengan personaliti menarik serta minda yang cerdik. Buktikan generasi muda sekarang ramai yang berkualiti, dari segi gaya bahkan kerjanya. SALAM STAIL!

CAUDALIE

GUESS

L’OCCITANE

AQUILANO RIMONDI

H&M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.