Super Stail SEPTEMBER

EH (Malaysia) - - Fokus -

Mana-mana majalah fesyen dan kecantikan seluruh dunia akan mengangkat tema Trend sebagai isi utama majalah mereka, dan kami tentunya tidak mahu ketinggalan mengetengahkan subjek yang serupa. Kami simpulkan pementasan fesyen musim luruh/ dingin ’13 dalam 21 halaman, meliputi soal trend fesyen dan cantik khas buat anda.

Penggambaran fesyen musim ini mengangkat tema punk yang hangat di pentas peragaan musim luruh tahun ini. Menampilkan 11 jenama mewah antaranya Chanel, Givenchy dan Gucci, kami bekerjasama dengan Bong dan Gary untuk mendapatkan look yang diinginkan. Aaron yang bertindak sebagai jurufoto merakamkan setiap gambar dengan cukup teliti, dan hasilnya menyerlahkan mood ‘dark’ yang ingin ditonjolkan.

Baca juga laporan Pengarang Fesyen EH! tentang helaian LifeWear yang diperkenalkan oleh Uniqlo sewaktu sidang media yang berlangsung di Tokyo bulan Jun lalu.

Penggambaran Citra Cantik kali ini menampilkan ‘looks’ terkini untuk musim luruh 2013. Dengan ilham daripada kempen iklan jenama kecantikan unggul seperti Dior, Chanel, Lancome dan Shiseido, kami tonjolkan ekspresi yang unik dan tersendiri daripada setiap ‘look’. Himpunan produk-produk dari koleksi musim luruh/sejuk daripada jenama tersebut turut disusun atur menjadi lembaran inspirasi buat yang ingin mencuba.

Berpeluang bertemu dengan Faeza Ul-haq, pelakon Singapura yang semakin meningkat namanya di Malaysia memberi pengalaman baru kepada EH! Dia yang kini tinggal di Jurong, Singapura memandu keretanya dari negara seberang ke Prince Hotel and Residence Kuala Lumpur semata untuk menjayakan penggambaran Jurnal Fesyen ini. Tiba tepat pada masanya dan tidak merungut penat walaupun berpuasa. Semestinya semangat yang ditonjolkan patut dicontohi pelakon baru Malaysia yang lain agar bersyukur dengan privillege yang mereka peroleh di negara sendiri.

Ruangan gaya hidup membawa anda mengenal siapa lelaki yang dilabel sebagai misoginis. Kenali siapa mereka dan apa yang membuatkan mereka membenci wanita. Sindrom bipolar yang semakin menular dalam masyarakat moden hari ini juga dikupas menerusi kolum kesihatan. EH! menyingkap alasan mengapa penyakit psikologi ini mampu memberi impak buruk dalam masyarakat juga diri sendiri.

Aaron merakam aksi Maia. Belakang tabir Jurnal Fesyen. Khairul Abidin ke Tokyo untuk pelancaran Rouge Dior.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.