EH! IS KUALA LUMPUR

EH (Malaysia) - - Salam - - Ana Lisa, Gombak, Selangor.

Bulan ini tatkala sibuk bersama teman membeli belah untuk raya, pandangan terhenti di rak majalah di KLCC. Wajah Nabila Huda tampil segar menghiasi cover EH! bulan ini. Sementelah mahu menunggu waktu berbuka saya beli sahaja untuk mengisi masa terluang. Tanpa sebarang expectation setiap helaian saya selak. Dari kisah muka hadapan, cerita fesyen, perihal kecantikan setiap satunya memikat pandangan. Susunan yang segar dan ceria menjadikan mata terlekat pada setiap halaman. Paling istimewa kali ini paparan penghargaan buat Kuala Lumpur. Siapa sangka industri fesyen di Kuala Lumpur kini sudah segah kota-kota lain di dunia dan lifestyle juga sebenarnya sudah semakin meningkat ke tahap yang lebih baik.

Jika ketika menuntut dahulu ajnas jenama meniti di bibir, sekarang hampir kesemuanya boleh didapati di ibu kota kesayangan kita. Semestinya majalah seperti EH! adalah punca mengapa jenama ini percaya Kuala Lumpur adalah destinasi harus mereka letakkan dalam peta pemasaran mereka. Terima kasih kerana membuat saya lebih menghargai kota metropolitan ini dan lari dari takrifan tipikal menyambut merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.