Rozita chewan

SEBAGAIMANA MUDAHNYA TERTAWAN PADA KEJELITAAN WAJAHNYA, SEMUDAH ITU JUGA TERPIKAT PADA PERSONALITINYA. BICARANYA BUAT SESIAPA SAJA TERTAWA, KEMUDIAN TERKENANG-KENANG MOMEN BERSAMA.

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

TEKS & PENYELARAS Khairul Abidin Ishak

PENATA GAYA Yana Baharudin PENGARAH KREATIF GAMBAR Marcus Wong (Lenswork) SOLEKAN Bong

DANDANAN PAKAIAN

AKSESORI

Setiap kali bertemu Rozita Che Wan saya berasa gembira. Dia punya aura positif, pesona dirinya buat saya senang, dan saya percaya sesiapa yang mengenalinya turut punya pandangan serupa. Dia masih orang yang sama saya temui kali pertama empat tahun lalu, sedikit pun tidak berubah, malah makin mesra dan menyenangkan.

Sudah lebih dua tahun wajah jelita ini tidak menghiasi muka depan EH! Kali terakhir sewaktu dia digandingkan bersama kekasih hatinya, Zain Saidin menerusi edisi lelaki (waktu itu mereka tidak mengaku punya hubungan istimewa), walhal kami sudah dapat rasakan ada sesuatu yang istimewa antara Rozita dan Zain waktu penggambaran itu, sempat kami lihat adegan rajuk dan pujuk mereka berdua. Jika diimbas semula, waktu itu memang sedang hangat gosip percintaan tiga segi antara dia, Zain dan Shahir, namun hari ini semua orang tahu Zain adalah pilihan hatinya.

Dan tengah hari pertengahan Ramadan lalu kami bertemu di Lensworks, Kelana Jaya untuk penggambaran muka depan EH! “Kami sebenarnya sudah sampai jam 10.30 pagi tadi. Kemudian kami check balik SMS, rupanya call

time pukul 12 tengah hari. Kami balik rumah semula. Sempatlah juga siram pokok,” ujar Rozita yang selesa membahasakan dirinya kami. “Mujur rumah dekat, 15 minit dah sampai,” tambahnya lagi.

Wanita jelita yang mesra disapa Che Ta ini memang ramah dan penuh sense of humor. Sepanjang penggambaran ada sahaja katakatanya yang mengundang gelak tawa, sampaikan saya sendiri bertanya, “Che Ta rasa Che Ta kelakar tak?”. “Entahlah. Tapi memang ada orang kata kami kelakar, tapi kami rasa biasa sahaja. Inilah kami,” balasnya. Penggambaran berjalan cukup pantas, Rozita memang fotogenik dan itu buat kerja-kerja kami lebih mudah. Jam 4.30 petang dia bergegas pulang, ada majlis berbuka puasa anjurannya bersama anak-anak yatim di Setia Alam. Baik hatinya, moga Allah memurahkan rezekinya.

RCW SEBAGAI USAHAWAN

Usaha untuk mendapatkan Rozita Che Wan tidak mudah. Jadualnya padat. Selain sibuk di lokasi penggambaran drama dia juga sibuk dengan rakaman Primadona bersama Erra Fazira dan Raja Azura.

“Sekarang kami sibuk dengan Ratu Rania. Kami memang terlibat sejak awal lagi, dari sesi uji bakat lagi. Selama ini kami hanya tengok gelagat orang datang uji bakat di TV sahaja, di Akademi Fantasia misalnya, sekarang kami dapat lalui pengalaman itu sendiri. Kami yang pilih mahu turut serta sejak awal sebab mahu lihat sendiri peserta-peserta yang datang uji bakat. Seperti dijangka, kami dapat bertemu ramai orang dengan bermacam-macam gelagat.”

“Ada seorang peserta bilang dia menang pertandingan ratu tiga tahun berturut-turut. Kami tanya dia ratu apa, dia jawab Ratu Isteri-Isteri Bomba Kuala Lumpur. Ada peserta lain pula cakap dia cukup sukakan kecantikan, tapi penampilannya tidak seiring dengan apa yang dia cakap. Bukan kami cakap dia tak cantik, tapi dia tiada effort untuk cantikkan diri. Rambut sekadar disimpul malas. Bila kami tanya kenapa dia ikat rambut macam tu, dia jawab sebab panas. Kami jawab

beauty is pain, hendak nampak cantik memang tak mudah. Kami sedar kadang-kadang memang ada sesetengah orang cakap lain, buat lain.”

Selain ke lokasi penggambaran dan studio untuk Primadona, Rozita juga sibuk menguruskan perniagaan tudungnya, Padusi. Perniagaan yang berpangkalan di Subang Jaya itu turut menjalankan jualan secara online. “Kami jual tudung ready made, tetapi tetap ada orang yang mahu buat tempahan. Tudung-tudung yang kami jual semuanya jahit tangan, dan dari dulu memang kami adikberadik suka menjahit. Lepas habis SPM, kami sempat belajar menjahit dengan mak, tapi sempat belajar jahit baju kurung sahaja sebab mak garang, kami sentap terus tak nak belajar.” Menurut Rozita dia merancang mahu memasarkan koleksi tudungnya dalam kuantiti yang lebih banyak di masa akan datang. “Memang ada orang nak buka francais tapi buat masa ini kami belum sedia lagi,” tambahnya yang tidak menafikan memang ada sesetengah pembeli tudungnya membeli kerana dirinya walaupun mereka tidak bertudung.

“Kami adik-beradik dulu kalau lepas solat terawih masing-masing keluarkan baju dan jahit manik. Kami memang suka pakai baju penuh manik dari dulu lagi. Masa interviu jadi stewardess dulu pun kami pakai baju kebaya penuh manik, nasib baik dapat kalau tak dapat mesti malu. Lagi satu kami suka beli kain, ada cuti satu hari pun kami sempat ‘lari’ pergi Bangkok beli kain. Kalau kedai kain tutup pukul 6.30 petang, pukul 7.30 kami masih ada dalam kedai lagi... ha ha ha.”

“Che Ta high maintenance atau low maintenance orangnya?” “Low maintenance,” balasnya cepat. “Ya ke?” tanya saya, seakan tidak percaya. “Kami jenis yang kalau ada duit okeylah nak berbelanja. Kami bukan jenis orang yang tetapkan setiap bulan berapa ribu untuk kecantikan, berapa ribu untuk shopping. Bukan! Kami tak suka pergi salun, manicure

pedicure, semua kami tak suka. Kami lagi suka duduk rumah dan mengemas. Kadang-kadang kami letak hair mask kat kepala dan sementara nak tunggu mask meresap kami sental dan cuci bilik air. Kerja-kerja rumah semuanya kami buat sendiri.”

Jelas Rozita walaupun orang selalu tengok dia bergaya dan lengkap bersolek di luar, tetapi di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.