Tiru Solekan

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

Solekan untuk Rozita Che Wan cukup berbeza daripada penampilan selalunya. Kali ini kami tampilkan wajahnya dengan solekan yang cukup ringkas. Bong memberikan efek asas solekan dewy, menyerlahkan lagi kulit Rozita yang sememangnya sudah tersedia cantik. “Kulit licin begini memang kena dengan solekan dewy,” ujar Bong. Bong hanya memperindah kelopak mata Rozita dengan pembayang mata rona asli, dan tumpuan lebih diberikan pada kening. Bong juga melebihkan penggunaan pemerah pipi dengan mencalit pembayang mata jenis krim rona merah samar pada tulang dan buah pipi Rozita untuk efek wajah yang lebih glowing. Istimewanya, kali ini Rozita tampil dengan bulu mata palsu yang sangat-sangat tipis.

Gary pula memakaikan Rozita rambut palsu paras bahu dan mengunting bahagian depannya demi memastikan fringe nya tampak sajak dengan raut wajah Rozita yang kecil. Ternyata look yang kami berikan ini membuatkan Rozita tampak segar, berbeza namun masih menyerlahkan kejelitaan yang dimilikinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.