PERKAHWINAN AVRIL LAVIGNE DAN CHAD KROEGER

EH (Malaysia) - - Yang Hangat -

“Lebih baik memiliki koleksi pakaian yang berkualiti daripada membeli pakaian yang anda tahu anda hanya akan pakai sekali sahaja.” – RACHEL ZOE

Tarikh keramat 1 Julai lalu menyaksikan perkahwinan gothic pasangan bintang rock, Avril Lavigne dan Chad Kroeger di Chateau de la Napoule, French Riviera. Avril yang tampil berbeza dalam persalinan serba hitam rekaan Monique L’huillier menyatakan perkahwinan bersama vokalis Nickelback ini sempurna seperti apa yang diimpikan. Menurut Avril lagi saat kakinya melangkah masuk ke dalam dewan perkahwinan dan melihat wajah Chad yang bergenang air mata merupakan momen yang paling diingati dalam hidupnya. Tabloid Hello melabel perkahwinan mereka sebagai ‘Rockstar Wedding of the Year’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.