AKTIF & STYLISH

EH (Malaysia) - - Berita fesyen -

Menampilkan gaya sukan kontemporari, Lacoste musim ini mengangkat Sailor Graphic, Fall Nautic dan Ski Pop sebagai tema rangkaian bagi menonjolkan gaya chic dan urban. Rekaan structured dengan dua rona jalur asimetri, baju panas leher boat, gaun tunik berpinggang dan kemeja denim antara yang menjadi kunci gaya untuk Sailor Graphic dalam rona biru, beige, merah dan merah jambu. Mengembalikan gaya chic pada sukan ski, rangkaian ini direka menggunakan fabrik wool, sutera lembut, teknik kait berjalur dan lurex dalam rona terang dari biru asid hingga ke rona gelap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.