GEMILANG KLFW (RTW) 2013

Impak dan kehangatan The Kuala Lumpur Fashion Week RTW (KLFW) masih dirasai hingga hari ini!

EH (Malaysia) - - Berita fesyen -

Bertempat di pusat beli-belah terkemuka Kuala Lumpur, Pavilion, berlangsung dengan meriahnya minggu fesyen yang ditunggu-tunggu khususnya pencinta dunia fesyen tempatan. Barisan pereka fesyen lama dan baru menggembleng tenaga menjayakan acara hebat ini.

Koleksi ready-to-wear (RTW) dipersembahkan di pentas peragaan selama lima hari berturut-turut, iaitu bermula 19 Jun sehingga 23 Jun 2013. Antara pereka fesyen yang terlibat adalah Joe Chia, Alia Bastamam, Tengku Syahmi, Mimpi Kita, Innai Red, Syaiful Baharim, Jovian Mandagie dan ramai lagi. Nama-nama besar dalam industri fesyen seperti Khoon Hooi, Datuk Radzwan Radziwil, Datuk Tom Abang Saufi dan Datuk Farah Khan turut mengambil bahagian sebagai tanda sokongan mereka kepada penganjuran acara ini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan busana hebat pereka muda tempatan, pop-up store di Fahrenheit88 dibuka untuk kemudahan pengunjung membelek serta meneliti sendiri kualitinya. Ia bertujuan mendekatkan lagi pencinta fesyen dengan pereka tempatan serta membuka peluang mereka untuk dikenali di dalam industri.

The Kuala Lumpur Fashion Week RTW 2013 tidak akan menjadi tanpa kerja keras penaung utama majlis ini, Andrew Tan yang juga pengasas Andrew Models serta sokongan para penaja. Syabas!

Thanuja

Muhaini, Marion Counnter, Izrin Ismail & Yui Lin

Serena C & Ning Baizura

Maggie Abang Saufi & Haflin

Aina Syahira & Tengku Chanela Jamidah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.