JAM TANGAN ‘UBER-COOL’

DARI BASEL, PARIS, MILAN, NEW YORK JUGA BARCELONA, JENAMA ODM BERJAYA MENGUBAH JAM TANGAN SEBAGAI AKSESORI FESYEN MESTI MILIK.

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

Mempunyai ciri rekaan yang unik, jam odm berjaya menambat hati penggemarnya semenjak diperkenalkan pada 1999, lantas membuatkan jam yang bermaksud original, dinamik dan minimal ini terus dikenali dan digilai.

Mengukuhkan lagi kedudukan jenama ini di pasaran, odm diberi suntikan baru yang digelar ‘inno-trendy timewear’ yakni simbol pembentukan teknologi baru dalam rekaan jam tangan yang berperincian serta berinovatif. Odm dibahagikan kepada dua rangkaian utama agar setiap pengeluarannya sentiasa memenuhi kehendak dan cita rasa penggemar yang berbeza. Gaya funky, futuristik dan fashion forward direka di bawah kumpulan odm manakala o.d.m. original diperkenalkan untuk penggemar gaya classy, klasik dan sofistikated.

Kolaborasi Eksklusif

“Odm mempunyai kualiti yang diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada JC/DC, iaitu dinamik, moden dan berteknologi tinggi,” kata JeanCharles de Castelbajac (JC/DC), pereka fesyen yang berasal dari Maghribi. Mementaskan himpunannya di Minggu Fesyen Paris, rekaannya digemari oleh selebriti kelas A seperti Madonna, Lady Gaga dan Katty Perry. Dia juga pernah menghasilkan jam tangan jalur multirona seakan lego menerusi kolaborasi debutnya bersama odm iaitu Pop Hours.

Memperlihatkan permintaan fesyen yang semakin meluas, malah dengan variasi kolaborasi yang menjadikan sesuatu rekaan semakin unik, odm turut menubuhkan satu kumpulan pereka untuk rangkaian baru iaitu odm+. Rangkaian ini pernah bekerjasama dengan variasi jenama seperti Coca Cola, Looney Tunes, Astro Boy, Batman, Trexi, Jon Burgerman (seniman British), Michael Young (pereka British), Devilrobots (pereka unit dari Jepun) dan Tim Yap (‘eventologist’ dari Filipina). Kolaborasi sebegini sekali gus menjadikan odm cukup dikenali dan merupakan jenama jam tangan Hong Kong pertama yang layak menyertai pameran perdagangan, Baselworld 2003.

Sehingga kini odm dipasarkan di lebih 30 buah negara dan mereka mempunyai tiga pejabat gabungan di Paris, Singapura dan China bagi membantu hal-hal pemasaran. Odm turut mendapat permintaan yang hangat dari Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.