Khoon Hooi: MASTER READY-TOWEAR MALAYSIA

BERMULA DI AMERIKA SYARIKAT, JEPUN DAN KEMUDIAN KE EROPAH, KETULENAN HASIL REKAANNYA MENAMBAT PASARAN LUAR.

EH (Malaysia) - - Kata Pereka -

1Bagaimana

mula meminati fesyen dan latar belakang pendidikan anda? Saya sukakan fesyen sejak kecil lagi dan mendapat pendidikan fesyen secara formal di Malaysian Institute of Art. 2Siapa

yang memberi galakan? Saya membesar bersama nenek. Biarpun kami bukan berketurunan Peranakan tetapi nenek selalu menggayakan kebaya yang dijahit sendiri. Dialah yang banyak memberi inspirasi kepada saya. 3Pabila

mahu memulakan sesuatu rekaan, apakah perkara penting yang anda Sentiasa memikirkan tentang trend akan datang dan apa yang pelanggan dan pengikut saya mahukan. 4Berapa

tempoh masa untuk menyiapkan rekaan dan bagaimana proses yang diambil? Saya memerlukan enam bulan bagi menyempurnakan satu koleksi. Biasanya saya akan membuat perjumpaan bersama kumpulan kreatif untuk membincangkan hal trend. Kemudian pemilihan fabrik akan dibuat sebelum melakar rekaan. Setelah itu, kami akan memberikan idea untuk penghasilan sampel, menghimpunkan kesemua rekaan untuk sesi penggambaran katalog dan akhir sekali menyertai pameran perdagangan di luar negara. 5Ceritakan

mengenai koleksi musim luruh anda. Ini merupakan koleksi paling mencabar pernah saya lunaskan. Saya seronok melakukannya kerana ia memberi kepuasan menyeluruh. Saya sentiasa mahu mereka sesuatu yang luar biasa. Mengkaji fabrik dan material yang tidak pernah digunakan sebelum ini dan ya, saya gemarkan motif tiara diraja. Saya selalu mengimpikan untuk menenun motif ini dalam koleksi saya! 6Koleksi

yang sentiasa memberi kesan dan kenapa? Saya sentiasa teruja menghasilkan koleksi untuk masa akan datang. 7Rekaan

anda memberi impak pada industri fesyen tanah air. Sehingga sekarang, apa yang boleh anda katakan tentang selera fesyen wanita Malaysia? Saya selalu mahukan yang terbaik dalam segala hal, ia sangat mencabar. Wanita Malaysia kini sudah menampakkan perubahan dan sejujurnya ia bertambah baik jika mahu dibandingkan 10 tahun dulu. 8Sekarang,

apa yang sedang ‘mencurahkan’ ilham kepada anda?

yang boleh dikongsikan? Edie Sedgwick. Dia memberi inspirasi untuk koleksi akan datang.

9Apa

yang perlu ada pada seorang pereka fesyen dan nasihat anda untuk mereka yang bercita-cita bergelar pereka fesyen?

Passionate is

the word. Lakukan apa sahaja yang anda mahukan kerana suatu hari nanti ia pasti menjadi nyata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.