Projek Life Wear Uniqlo

SEKALI LAGI DITERBANGKAN OLEH UNIQLO KE TOKYO UNTUK MENYINGKAP HELAIAN BARU MUSIM LURUH YANG LEBIH SELESA DAN SESUAI UNTUK UMUM.

EH (Malaysia) - - Stail -

“Welcome to Uniqlo.” Itulah ayat pertama menyambut setiap pelanggan yang berkunjung ke stor Uniqlo. Ya, penjenamaannya cukup kuat, sehebat setiap helaian yang dikeluarkan. Sebut sahaja pakaian jenis apa yang anda mahu, kardigan, seluar pendek, baju-T, gaun, baju tidur atau aksesori, semuanya lengkap tersedia, tercipta untuk semua golongan. Nyata falsafah ‘Made for All’ yang menjadi pegangan selama ini sangat tepat, sebelum pembukaan stornya di sini pada 2010 lagi. Dan, antara media pertama yang bertuah kerana mendapat jemputan ke Negara Matahari Terbit itu bagi mendalami intipati rekaan Uniqlo. Biarpun sudah masuk kali ketiga ke sana, Uniqlo sentiasa memberi inspirasi baru bukan sahaja melalui helaiannya malah idea strategi pemasaran yang sangat efisien.

Perkenalan konsep baru

Musim ini persembahan Uniqlo lebih dramatik. Sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dewan pameran, terhidang 108 patung yang disarungkan himpunan terbaru dan dilengkapi rekaan perhiasan kepala unik hasil sentuhan Pengarah Kreatif Fesyennya, Nicola Formichetti (juga penata gaya Lady Gaga di awal kemunculan penyanyi popular ini). Headgear ini sekali gus menjadi medium tarikan untuk mengenal lebih dalam apa yang tersembunyi di sebalik LifeWear.

LifeWear merupakan kategori baru yang diwujudkan oleh jenama ini bagi mewakili setiap stail mengikut gaya hidup manusia yang berbeza. Seluruh dewan bingit dengan bunyi kesesakan lalu lintas, burung berkicau, ‘alunan’ unggas-unggas di hutan kesemuanya disatukan menjadi bunyi latar yang sangat relevan dengan kehidupan kini. Oleh itu, LifeWear merupakan pelengkap bagi menjalani hari anda.

Kategori LifeWear

Item highlights LifeWear terbahagi kepada 12 projek berbeza. Heattech merangkumi rekaan pakaian lapisan dalam yang telah menjalani revolusi dan evolusi teknik yang membuatkan fabrik ini sangat lembut seakan kulit kedua. Ia juga cantik digayakan untuk

melengkapi lapisan luar pakaian kerana direka polos dan bercorak.

Musim ini rangkaian terbaru diperkenalkan, iaitu ‘Heattech for the extreme cold’ teknologi yang menghangatkan sehingga 1.6 kali daripada biasa melalui penyerapan lembapan kulit badan, lalu ia bertindak sebagai agen menghangatkan tubuh. Dari segi rekaannya pula, ia direka dengan kemasan yang berkualiti tinggi, contohnya kolar sengaja direka berkeruk ‘V’ kerana tidak akan kelihatan sekiranya anda melapiskan dengan baju-T ataupun penggayaan kemeja tanpa sematan dua butang. Begitu juga dengan rekaan lengan, ia direka 9/10 supaya terlindung tatkala anda menggayakan baju lengan panjang.

‘UL’ mewakili projek Ultra Light Down khusus untuk lelaki dan wanita. Helaian daripada rangkaian ini sangat ringan, ia diperbuat daripada nilon yang sangat nipis untuk jaketnya. Ia turut mengandungi 90 peratus

down, 10 peratus bulu pelepah, dengan fill power melebihi 640. Bagi memberikan kelainan pada jaketnya, ia diberi sentuhan corak menggunakan teknik cirè iaitu gilapan. Cetakan fabrik wool yang menggunakan teknik ini menghiasi permukaan fabrik nilon yang sangat nipis. Ia memerlukan mesin khas kerana dikhuatiri nilon mudah terkoyak, oleh itu jumlah penghasilan jaket ini cukup terhad. Namun usah gusar, ia masih cukup dipasarkan di

semua stor Uniqlo.

FLEECE pula merangkumi evolusi daripada helaian untuk bersukan, aktiviti luar, sehingga item fesyen anda. Rangkaian ini hadir dalam lima kategori rekaan berbeza. Fluffy Fleece Jacket diperbuat daripada fleece yang tebal supaya dapat menghangatkan tubuh. Tetapi, potongannya masih memberi ilusi bentuk tubuh yang kecil. Antara yang direka di bawah rangkaian ini adalah New Furry Fleeve Coats untuk wanita, The New Men’s Fleece Jacket, Fleece Pants untuk lelaki dan Print Fleece menggunakan corak seperti bintik-bintik, camouflage dan cetakan wool.

Bagi menjamin kualiti penjenamaan serta memberi sentuhan mewah pada jenama ini, fabrik sutera diperkenalkan dengan harga yang lebih berpatutan. Dalam rangkaian Silk, Uniqlo menggunakan sutera yang terbaik iaitu gred 6A dan 5A supaya kesemua helaian bertekstur lembut ini dapat memberi keselesaan yang berganda. Kebanyakan rekaan daripada fabrik ini direka dengan potongan ringkas, antaranya blaus longgar dalam gaya clean dan sleek.

RANGKAIAN CASHMERE pula menghidangkan helaian baju panas yang diperbuat daripada 100 peratus kashmir dan diberi sentuhan elegan dan feminin kerana mengekalkan lekuk pinggang. Keruk leher juga direka berbentuk ‘V’ berserta ajnas kardigan dalam gaya chic dan mempunyai 24 rona pilihan. Untuk lelaki, baju panasnya direka berkeruk leher ‘V’. Juga terdapat baju-T dan kemeja kolar daripada fabrik ini yang direka 25 rona kesemuanya.

‘CF’ pula mewakili projek Cotton Flannel dengan fabrik lembut malah panas dalam gaya playful, direka untuk lelaki dan wanita. Uniqlo memberikan sentuhan unik pada gaya praktikal ini dengan rekaan panel yang disambungkan berlainan corak dan warna yang dapat membangkitkan aura fun pemakainya. Projek Cotton Flannel ini mengingatkan bahawa LifeWear juga berfungsi sebagai medium keseronokan dan kegembiraan seperti yang digambarkan menerusi kempen rangkaian ini.

Shirts merupakan projek terakhir LifeWear, ia menampilkan variasi kemeja dalam gaya polos dan bercetak seperti bintik-bintik dan

plaids menggunakan fabrik lembut. Sesuai di gaya untuk acara semi formal dan kasual.

Celana Unik Uniqlo

Semenjak perkenalan denim Ultra Stretch Jeans tahun lalu, Uniqlo menerima respons yang sangat baik daripada pelanggan serata dunia. Kuasa merenggang sehingga 40 peratus pabila anda menyarungnya dan mengekalkan bentuk asal seluar sehingga 80 peratus selepas menanggalkannya. Projek ini juga dipelbagaikan musim ini dengan menghidangkan variasi corak serta pengenalan kepada koleksi baru iaitu New Ultra Stretch Cargos. Uniqlo melabelkannya di bawah projek Topics. Musim ini mereka bekerjasama dengan 10-guppen Design, iaitu kumpulan pereka dari Sweden untuk menampilkan rekaan corak seperti bintik-bintik, geometri dalam rona terang yang menjadi signature kepada 10-guppen Design.

Memperkenalkan projek Warm Easy Pants sebagai WE, ia merupakan koleksi kalis air dan angin sesuai untuk kegunaan

indoor dan outdoor. Mereka turut memperkenalkan skirt dengan perincian

quilted dalam potongan wrapped. Bahagian pelapiknya direka daripada fleece lembut manakala di bahagian pinggang direka mudah laras supaya memudahkan pengeluaran angin.

Justeru, projek ‘D’ mewakili Denim pula menampilkan variasi palet indigo yang direka polos dan bercetak. Ada juga yang diperbuat daripada denim Heattech dan jean Windproof bagi mengekalkan kualitinya. Musim ini, mereka memfokuskan pada kemeja stail ringkas untuk lelaki dan wanita dalam gaya klasik.

Penggunaan knit yang digunakan untuk projek Leggings Pants adalah kombinasi daripada fabrik kapas dan poliuretana. Ia memberi kesan semula jadi tatkala disentuh bagaikan fabrik woven. Kesemua seluarnya melekap cantik di bahagian pinggang dan seluar untuk lelaki pula direka super-skinny dan ia diperbuat daripada 9.5 auns bahan denim boleh renggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.