Kegilaan Biker Jacket

JAKET BIKER TERUS DIMINATI DAN TIDAK KETERLALUAN RASANYA JIKA ANDA MELETAKKAN IA SEBAGAI HELAIAN WAJIB ADA, SAMA SEPERTI KEMEJA PUTIH ATAU LITTLE BLACK DRESS. IA FLEKSIBEL!

EH (Malaysia) - - Stail -

Saya suka sangat pada Camelia. Selain personalitinya yang menyenangkan, saya juga cukup gemar melihat gaya-gayanya. Antara gayanya yang saya cukup minat adalah pabila dia memadankan jaket biker hitam dengan pelbagai helaian. Sesekali saya lihat dia menggayakannya bersama gaun labuh, di lain acara dia memadankannya dengan kemeja putih dan berseluar, dan saya pernah ternampak dia memadankannya dengan jean skinny hitam lusuh bersama kemeja-T. Menurut Camelia sewaktu saya membuat penggambaran bersamanya beberapa tahun dulu, jaket kesayangannya itu sudah hilang.

Dan sehingga ke saat ini jaket biker terus popular. Himpunan musim luruh/ dingin tahun ini menyaksikan gaya dalam nuansa yang berbeza-beza. Boleh saya simpulkan jenama-jenama fesyen antarabangsa mempunyai arah tuju yang bercabang. Namun dalam banyak gaya kebangkitan punk yang dark nampaknya lebih menonjol.

Saya masih ingat lagi saat Saint Laurent mementaskan himpunannya, kebanyakan pengkritik fesyen menempelak ideanya yang menonjolkan gaya punk dan rekaannya tidak seiring dengan kredibilitinya sebagai sebuah jenama yang sudah lama bertapak dalam dunia fesyen dunia. Namun, hari ini saya dapat lihat himpunan Saint Laurent itu relevan dengan arus gaya semasa sementelah banyak juga jenama-jenama lain yang mengalirkan gaya mereka dalam aliran yang sama. Di Milan, Versace misalnya

DI PENTAS PERAGAAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.