Siapa Gilakan BIKER JACKET?

Jaket biker rona hitam tampaknya menjadi ‘essential item’ bagi Kate Moss, tidak kira apa sahaja padanan, dia cuba memadankannya dengan helaian wajibnya itu.

EH (Malaysia) - - Stail -

mengetengahkan himpunan yang hampir serupa namun dalam gaya yang lebih sofistikated sebagaimana himpunanhimpunan sebelum ini yang cukup kental elemen femininnya.

Pakai Pada Hujung Minggu

Jika anda punya jemputan parti hujung minggu dan buntu bagaimana mahu menyuntik gaya ranggi, apa kata sarungkan sahaja jaket biker bersama gaun pendek atau jean berpotongan

skinny rona hitam. Ringkas namun punya statement.

Memakainya Untuk Bekerja

Siapa kata jaket biker tidak sesuai ke pejabat, jika kena waktu dan padanannya tentu boleh. Saranan kami, gayakan untuk ‘casual Friday’, padankan jaket biker anda dengan kemeja putih bersama seluar berpotongan lebar atau lurus.

Kala Berpergian

Jika anda bercuti keluar negara, jaket biker sangat membantu sementelah ia adalah helaian yang cukup fleksibel. Boleh dipadankan dengan summer dress, seluar jean, gaun pendek atau labuh. Pelaburan yang berbaloi.

Bersihkan

Jika jaket anda kotor kerana terkena makanan, bersihkan segera dengan mengelapnya menggunakan kain lembut. Jika ingin membasahkan kain tersebut dengan pencuci tentukannya ia sabun yang ringan dan lembut.

Sangkut

Usah lipat, sebaliknya gantung jaket biker dengan penyangkut baju. Saiz penyangkutnya pula mestilah sama besar dengan jaket anda. Usah balut jaket dengan plastik kerana jaket yang diperbuat daripada kulit perlu bernafas. Sebaliknya balutkannya dengan

garment bag yang diperbuat daripada kain

kapas.

Tunggu Cologne Kering

Jika anda mahu menyembur cologne pada tubuh, sama ada badan, pergelangan tangan atau leher, tentukan anda menyemburnya sebelum menyarung jaket biker. Tentukan semburan anda kering terlebih dahulu. Cologne biasanya mempunyai alkohol yang boleh menyebabkan kekeringan, dan ia mungkin boleh merosakkan jaket anda.

Pelincir Zip

Sapukan pelincir pada zip jaket sekali-sekala, lebih-lebih lagi jika anda jarang menggunakan zip jaket.

Jika Terkena Hujan

Jika jaket anda basah kerana hujan biarkan ia kering secara semula jadi, usah gunakan pemanas seperti pengering rambut untuk mempercepatkan proses pengeringannya. Kelak, jaket anda yang rosak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.