Natalie Joos

EH (Malaysia) - - ‘It Girl’ -

Bergelar pengurus casting, penulis dan penata gaya, Natalie Joos melihat dirinya melalui transformasi gaya yang sangat besar setelah berhijrah dari Belgium ke kota New York. Gemar menggabungkan elemen vintaj dalam penggayaannya, membuatkan dia pantas menjadi buruan jurufoto jalanan seperti Tommy Ton dan Scott Schuman bagi mendokumentasikan stail ikoniknya. Situasi ini membuatkan dia sering menerima bungkusan daripada variasi jenama dengan tujuan supaya dia menggayakan barangan atau helaian mereka tatkala menghadiri majlis atau acara kasual. “Jika disuruh menerangkan tentang gaya saya dalam beberapa perkataan, saya simpulkannya sebagai cute, seksi dan kaya rona,” jelas Natalie yang aksinya pernah dirakamkan untuk video kempen Coach musim luruh/sejuk 2012.

Menggayakan kaca mata Tom Ford, beg Delvaux, baju dan skirt Peter Pilotto dan kasut Casadei pada hari keempat Minggu Fesyen Paris Musim Bunga 2013.

Hadir ke majlis Little Black Jacket Chanel dengan baju kait kolar tinggi. Tampil chic dan ringkas dengan kemeja longgar dan skirt berambu di Minggu Fesyen Milan.

Penggayaan gaun organza jarang membias imej seksi pada lapisan dalam baju berkolar tanpa lengan paras pinggang bersama skirt sendat di pementasan BCBG MaxAzria Musim Bunga’13.

Gaya ringkasnya berbaju jalur bersama jumpsut denim lusuh dengan beg tali labuh.

Menggayakan jalur multirona ke pementasan Roberto Cavalli Musim Bunga ‘13.

Menyarung rekaan Miu Miu ke majlis anjuran Salvatore Ferragamo.

Gaya kala penampilannya di Minggu Fesyen Milan 2012.

Membintangi kempen video Coach musim luruh/sejuk tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.