Magis Metalik

EH (Malaysia) - - Superstail -

Rona kilat menghiasi helaian kasual hasil gandingan rona kelam atau fabrik knitted. Marc Jacobs menyerlahkan gaun ilham pijama agar tampil lebih mewah dalam nada gangsa berserta penggayaan tali pinggang halus. J Crew menaikkan seri penampilan baju kolar tinggi knitted dengan padanan seluar broked yang menyerlahkan lagi lapisan merah jambu serta kasut dan clutch rona emas. Synthia Rowley pula tampil lebih muda dengan baju longgar dan skirt kembang metalik polos manakala Milly berani dengan padanan skirt metalik biru terang bersama beg kepit metalik biasan pelangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.