Fl0ra Redup

EH (Malaysia) - - Superstail -

Kuntuman flora masih mekar biarpun kebanyakan ronanya diadun sedikit malap. Kebanyakan dicetak di atas helaian gaun fabrik keras dalam nuansa moden. Lacoste menggayakan gaun bunga belah tepinya bersama baju kolar tinggi rona jingga terang, sekali gus membangkitkan rona malap pada cetakan floranya. Thakoon pula menonjolkan corak flora kolaj pada gaun yang dicipta berpanel renda dan kulit bagi menyuntik elemen edgy dalam penampilan feminin. Berbeza di pentas Oscar de la Renta, rona disuntik penuh bertenaga dalam nada terang lantas menonjolkan cita rasa feminin yang sangat ketara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.