Kulit Kilau

EH (Malaysia) - - Superstail -

Sama ada PVC atau kulit, ia merupakan trend hangat yang sangat dominan kala ini. Menyuntik keterujaan dalam potongan ringkas serta padanan polos, Bernard Chandran menyatukan kombinasi fabrik sutera bersama kilat pada bahagian skirt rekaannya. Jonathan Sauders menyerlahkan rekaan jaket dan skirt biru terang bersama pemakaian korset kulit kilau lantas memberikan rekaan yang super chic dan mewah. Burberry Prorsum pula tampil dengan gaun shift kulit campuran rona merah kesumba yang sangat unik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.