SOLEKAN SEGAR

Rasa ringan dan selesa dengan setiap sapuan solekan bedak asas Chanel VITALUMIÈRE COMPACT DOUCEUR. Raut wajah lebih sempurna dengannya.

EH (Malaysia) - - Kulit -

Pada

Chanel, solekan wajah harus dikenakan dengan cara yang mudah, memuaskan hati, menyegarkan, ringan, lembut dan tidak terlalu menonjol. VITALUMIÈRE COMPACT DOUCEUR memperkenalkan sensasi bedak asas kompak luar biasa, menggabungkan rasa lembut dan ringan untuk wajah yang berseri dan segar secara semula jadi.

Kandungan aktif dan formula VITALUMIÈRE COMPACT DOUCEUR menjanjikan rasa selesa pada setiap sapuan. Ini dibuktikan lagi dengan ekstrak buah pic yang cukup dikenali sebagai agen lembapan yang menghasilkan kulit lebih lembut dan anjal.

Lebih istimewa, High-Definition Light Pigments menghasilkan efek halo atau bercahaya pada wajah, yang diilhamkan oleh teknologi optik skrin plasma, kombinasi tiga pigmentasi (merah, hijau dan biru) yang membantu meresap cahaya putih untuk hasil solekan lebih berseri. Wajah kelihatan sempurna dengan satu sapuan dan kesan-kesan lesu pada wajah mula berkurangan.

VITALUMIERE COMPACT DOUCEUR

RM200

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.