DERMALOGICA BONGKARKAN 10 PRODUK TERLARIS

EH (Malaysia) - - Berita Acara Cantik -

Roderick Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif EIG Bhd, iaitu syarikat pengedar dan pemasar produk Dermalogica di Malaysia, Asia Tenggara dan Hong Kong membongkar rahsia 10 produk terlaris yang telah dipilih dengan teliti berdasarkan volum jualan global dan populariti mengikut kategori. Dermalogica nyata menjadi produk kegemaran di kalangan pengguna di seluruh dunia dan di Malaysia, termasuk selebriti dan mekap artis Hollywood. Sepuluh produk terlaris adalah: Special Cleansing Gel, Daily Microfoliant, UltraCalming Cleanser, Skin Smoothing Cream, Skin Hydrating Masque, Antioxidant Hydramist, Multi-Active Toner, Skin Hydrating Booster, SkinPerfect Primer dan MultiVitamin Power Serum yang diperkenalkan barubaru ini. Tahun ini, kempen ‘Get Naked’ bermula dengan pencarian yang diketuai oleh tujuh orang rakan selebriti Dermalogica yang tampil cantik dengan wajah tanpa solekan, untuk mencari 12 ‘Wajah Sihat’ di negara ini. Steve Yap, Joanne Yew dan Thanuja Ananthan mengulangi peranan mereka sebagai wajah selebriti yang sihat. Atilia Haron, Mila Jirin, Jentzen Lim dan pemenang tempat ke-3 Miss Astro International 2009, Jane Tan menyertai keluarga ‘Get Naked’ tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.