SHISEIDO LANCAR RANGKAIAN KHAS BUAT WANITA KOTA

EH (Malaysia) - - Berita Acara Cantik -

Bertempat di White Box, Publika, Shiseido memberi penyelesaian buat wanita kota yang sibuk mencari rangkaian penjagaan kulit yang mudah dan berkesan! Ibuki, direka khas buat wanita dalam lingkungan usia 25 hingga 34 supaya dapat memiliki kulit bebas tekanan dan pencemaran. Rangkaian ini hadir dengan asas penjagaan kulit seperti pencuci, pelembap dan emulsi bagi memenuhi kehendak asas kulit. Hadir dengan dua pencuci yang berbeza iaitu gentle cleanser (sesuai untuk kulit sensitif) dan purifying cleanser (mencuci bersih ke dalam pori-pori). Majlis yang berkonsepkan rumah wanita urban ini direka khas oleh individu terkenal dalam industri seni iaitu Adrien Ritzal dan Hsulynn Pang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.