PEMULIH KOMPLEKSI WAJAH

Origins menghasilkan inovasi penjagaan kulit terbaru, Smarty Plants CC SPF 20 PA++ Skin Complexion Corrector yang menggunakan kandungan dan khasiat alam semula jadi.

EH (Malaysia) - - Berita Acara Cantik -

Pendedahan

terhadap pencemaran persekitaran setiap hari seperti sinar UV dan lapisan ozon antara punca kerosakan kulit. Oleh itu, ramai wanita kini bergantung pada produk yang mampu melindungi mereka daripada masalah ini tetapi dengan keputusan pantas.

Selepas kajian intensif terhadap kesan pencemaran alam sekitar terhadap kulit selama 10 tahun, Origins menggunakan teknologi S.M.A.R.T. (Self-Monitoring, Analysis dan Reporting Technology) untuk menghasilkan Intuitive Delivery System untuk Smarty Plants CC SPF 20 PA++ Skin Complexion Corrector. Ia merupakan krim CC berteknologi tinggi yang menghasilkan solekan nipis dengan perlindungan SPF untuk penggunaan sepanjang hari.

Formula Intuitive Delivery System peka pada semua rangsangan, termasuk pencemaran, sinar UV dan lapisan ozon serta bertindak untuk melindungi kulit daripada masalah penuaan. Apabila kulit terdedah kepada pencemaran, inituitif membebaskan mekanisme dalam Smarty Plants yang menyebabkan kandungan tumbuhan menjadi aktif dan memberi manfaat kepada proses penjagaan kulit.

Hasilnya, Smarty Plants CC SPF 20 PA++ Skin Complexion Corrector membetulkan dan menyeratakan ton kulit serta-merta, membangkitkan seri, melembapkan dan mengurangkan garis-garis halus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.