Rahsia Cantik Anzalna Nasir

KELETAHNYA YANG MENAWAN DAN MENYENANGKAN SERASI DENGAN WAJAH YANG TIDAK JEMU DIPANDANG. KETAHUI KISAH CANTIK ANZALNA NASIR DAN APA RAHSIA BADANNYA KEKAL LANGSING!

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

Tidak hairanlah empunya badan bernama Anzalna ini sering disunting jenamajenama kecantikan terkenal, selain cantik, perwatakannya yang lucu, ceria dan menawan juga bisa memikat sesiapa saja. 1 RUTIN CANTIK

Dahulu saya jarang menggunakan penyegar atau pelembap, cukup sekadar pencuci muka sahaja, namun disebabkan kulit saya yang semakin hari semakin kusam saya sudah mula mencuba menggunakan lebih daripada satu produk. Seperti biasa saya mulakan dengan mencuci, menyegar dan melembap.

Saya akan melakukan rawatan wajah di salun kecantikan sebanyak dua hingga tiga kali dalam dua bulan.

Sebelum tidur saya akan memakai pupur mata bagi menghilangkan kesembapan dan lingkaran gelap bawah mata.

Wajah saya sering ditumbuhi biji-biji kecil seakan ruam apabila memakai alat solek terlalu lama, jadi saya akan pastikan saya memakai krim atau pupur untuk merawat semula kulit pada waktu malam. 3 TIP CANTIK

Setiap kali mencuci wajah saya akan berselawat.

Saya suka mengambil jus buahbuahan.

Untuk badan pula saya gemar makan asam dalam kuantiti yang banyak, saya percaya itu yang membuat badan saya kekal kurus! Namun bergantung juga kepada perut, perut saya boleh tahan dengan asam, orang lain belum tentu.

MAYBELLINE MAGNUM CAT EYES RM35.90 SAFI BALQIS PERFECT 10

THE BODY SHOP BORN LIPPY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.