KULIT CANTIK BOLEH DICIPTA

Siapa sangka hanya bermula dengan sebuah artikel kecantikan boleh mencipta buah fikiran untuk melancarkan jenama kecantikan.

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

Tahun

1968 mencipta sejarah tersendiri dalam dunia kecantikan. Artikel berjudul Can Great Skin Be Created? tulisan Pengarang Kecantikan Vogue, Carol Phillips hasil temubualnya bersama Dr Norman Orentreich, iaitu seorang dermatologi yang cukup berpengalaman di New York telah mengundang minat Estee Lauder untuk membangunkan satu jenama kecantikan yang berteraskan gaya dan pandangan dermatologi dalam dunia kosmetik.

Sehingga hari ini Clinique terus bekerjasama dengan ahli keluarga Orentreich. Dr David dan Dr Catherine Orentreich (anak kepada Dr Norman) yang menjalankan Orentreich Medical Group di pejabat yang sama di New York Fifth Avenue. Mereka menyediakan pandangan serta info tentang trend penjagaan wajah dan masalah-masalah kulit yang dihadapi oleh pelanggan mereka.

DEFINISI KULIT SIHAT SEMPURNA

Salah satu yang menarik perhatian menerusi artikel Can Great Skin Be Created? itu adalah perkongsian definisi kulit sihat oleh Dr Norman. Menurutnya kulit yang bagus adalah yang tidak punya cela atau berjerawat. Ton kulitnya pula berona gelap atau cerah dan tidak berbelak-belak. Kondisi permukaannya juga tidak bersisik. Wajah juga tampak bercahaya tidak kusam serta punya efek tiga dimensi. Dr Norman menambah, kulit yang sihat sempurna boleh dimiliki sesiapa tanpa mengira jenis atau masalah kulit yang dialami.

KULIT SEGAR & KEMBALI MUDA

Menurut Dr Norman, krim muka boleh menyegarkan dan mengembalikan keremajaan kulit. Ia ‘rejuvenate’ kulit. Lapisan kulit atas bagi kulit berusia biasanya tipis. Emolien dan pelembap membantu lapisan ini mengawal air, yang mana

menjadikan kulit licin. Filem krim pada kulit menghalang kehilangan lembapan. Akhir sekali lapisan bawah adalah lapisan yang menyokong kekurangan air pada kulit.

Menurut Dr Norman lagi, kebanyakan model akan datang seminggu sekali untuk menjalani rawatan untuk memastikan kulit sentiasa tampak segar. Menurutnya, cara yang sama turut dilakukan kepada sesiapa yang dambakan penampilan yang sama. Semuanya bermula dengan membersih. “Konsep tidak menggunakan sabun dan air kala membersih adalah salah,” katanya.

Superfattedsoap adalah yang paling sesuai untuk yang berkulit kering, sabun yang mengawal minyak (drying soap) elok untuk kulit berminyak manakala sabun anti-bakteria untuk kulit yang mudah dijangkiti bakteria. Namun begitu jelas Dr Norman, sabun dan air tidak dapat membersihkan kotoran di wajah secara total. Sesetengah astringen mencuci lebih sempurna.

Menerusi temu bual tersebut juga Dr Norman ada menyebut, langkah membersih tidak lengkap tanpa proses eksfoliasi atau pengelupasan. Jelasnya, eksfoliasi adalah proses untuk membersihkan lapisan kulit paling atas daripada ‘kepingan’ yang tidak diperlukan oleh kulit. Cara menyingkirkan ‘kepingan’ ini adalah dengan menggunakan astringen yang lembut, bahan pengelupasan lembut seperti asid salicylic.

Dua langkah tersebut tidak lengkap jika tiada proses melembap. Apabila kita mencuci wajah kita menanggalkan lembapan semula jadi kulit. Bukan sahaja melembap, ia juga menghidrat. Seeloknya gunakan pelembap yang mempunyai SPF sebagai tabir suria. Pelembap juga bertindak sebagai asas solekan, oleh kerana itu anda perlukan krim pelembap yang ringan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.