APA YANG BAIK & TIDAK UNTUK KULIT ANDA?

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

MAKANAN BERKHASIAT Pilih makanan yang kaya khasiat. Sayur-sayuran atau buah-buahan baik untuk kulit seperti buah-buah sitrus yang kaya dengan Vitamin C. Elakkan makanan berminyak, sesekali masih boleh. Jadikan hidangan bergoreng sebagai santapan di hari istimewa sahaja. HIDRAT & BERSENAM Banyakkan minum air kosong serta bersenam. Ini adalah kombinasi terbaik untuk mendapatkan kulit berseri atas faktor kelancaran peredaran darah. ROKOK & ALKOHOL Jika anda seorang perokok, berhentilah! Merokok hanya memberi kesan buruk, dan salah satunya kerosakan kulit. Tanda awal penuaan lebih awal terlihat pada wajah mereka yang merokok. Meminum alkohol juga tidak baik, ia mengeringkan kulit dan membuatkannya jadi kusam. KURANGKAN GULA Seeloknya kurangkan pengambilan gula kerana gula bisa mempercepatkan penuaan. Pabila kita mengambil gula akan berlakunya proses semula jadi yang dikenali sebagai glycation, yang mana gula dalam saluran darah akan ‘terlekat’ pada protein untuk membentuk molekul yang merosakkan, dikenali sebagai Advanced Glycation End Products (AGEs). Makin banyak gula diambil, makin banyak AGEs dihasilkan. AGEs merosakkan kolagen kulit, menyebabkan kulit hilang keanjalannya. LINDUNGI KULIT Lindungi kulit anda daripada terdedah kepada cahaya terik matahari yang berlebihan kerana boleh menyebabkan masalah kulit termasuk kesan penuaan lebih awal. Sapu krim tabir suria yang mengandungi SPF 15 atau lebih. BEBAS TEKANAN Masalah datang tidak diduga, dan pabila ia hadir ia mencipta tekanan. Jadi, tangani stres dengan bijak. Stres bukan sahaja tidak baik untuk kulit, malah kesihatan anda. CUCI, PENGELUPASAN DAN MELEMBAP Jadikan mencuci, pengelupasan dan aplikasi losen pelembap sebagai rutin wajib anda setiap hari. Tiga langkah ini akan memberi kulit yang sihat. Namun tentukan anda memilih formula yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.