SEJENAK BERSAMA DR. KOH CHUAN KENG

Pakar dermatologi tempatan, Dr. Koh Chuan Keng berkongsi informasi tentang kulit wajah dan mengapa pentingnya memiliki kulit yang sihat.

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

APAKAH PERINTANG LEMBAPAN KULIT DAN APAKAH TUJUANNYA?

Perintang lembapan pada permukaan kulit dikenali sebagai epidermis. Ia terdiri daripada sel-sel dipanggil keratinosit dan memegang sel-sel demi memastikan ia kukuh pada faktor pelembap semula jadi kulit (NMF) yang mengandungi ceremides, asid bebas lemak (free fatty acids) dan kolesterol. Ia membantu mengekalkan air (lembapan) dan menghalang mikrob dan alergen dari masuk.

MENGAPA PERINTANG LEMBAPAN KULIT YANG SIHAT SANGAT PENTING?

Untuk melindungi tisu bebas daripada serangan luaran seperti mikrob iaitu virus dan bakteria, alergen dan debu dapat masuk ke dalam kulit. Perintang kulit yang baik adalah yang mencegah kehilangan air, menjaga kelembutannya dan tampak sihat.

APA YANG MENYEBABKAN PERINTANG LEMBAPAN KULIT ROSAK?

Penggunaan sabun (yang mengandungi bahan cuci- detergent) akan menyingkirkan asid bebas lemak, ceremides dan kolesterol dalam kulit, lantas melemahkan perintang kulit, menyebabkan kerosakan pada kulit serta menyebabkannya kehilangan air, dan akhirnya kulit menjadi kering. Mikrob dan serangan alergen dari luar menjadi punca kulit gatal, merah dan keradangan.

Keadaan kulit tertentu seperti ekzema dan ichthyosis mengakibatkan kehilangan molekul protein tertentu yang dikenali sebagai filaggrin dan ceremides yang mana ia diperlukan untuk memegang sel-sel kulit bersama-sama. Ia seperti mortar di antara batu bata yang memegang dan mengukuhkan dinding dan tidak mempunyai jurang. Kulit sebegini mempunyai jurang yang menggandakan kehilangan air mengakibatkan kulit yang sangat kering, dan jurang tersebut membolehkan mikrob dan alergen mengganggu kondisi kulit, menjadikannya gatal dan bermasalah.

BAGAIMANA PERUBAHAN PERSEKITARAN DAN GAYA HIDUP MENYUMBANG KEPADA PERINTANG LEMBAPAN KULIT MENJADI LEMAH BERBANDING DENGAN GENERASI IBU BAPA KITA DAHULU?

Kita kini hidup dalam dunia yang lebih maju serta lebih tercemar berbanding 30 tahun lalu. Jumlah penduduk yang tinggal di kota juga 50 peratus lebih tinggi berbanding zaman ibu bapa kita. Kini kita terdedah kepada pencemaran alam sekitar seperti asap kereta, habuk, jerebu; semua yang menyumbang kepada kerosakan kulit kita. Kita beli dan menggunakan lebih banyak sabun (yang mengandungi bahan cuci – detergent) berbanding dengan ibu bapa kita. Ia membuang lemak pada kulit dan melemahkan perintang kulit. Gaya hidup moden, makanan segera, kesesakan lalu lintas meningkatkan tekanan serta memburukkan lagi keadaan kulit dan melemahkannya untuk melawan jangkitan. Penyaman udara atau tinggal dalam suhu yang sejuk menyebabkan peningkatan penyahidratan pada kulit.

BAGAIMANA PELEMBAP MEMBANTU MELINDUNGI PERINTANG LEMBAPAN KULIT?

Ia membantu dengan menggantikan molekul ceremides yang berkurangan di kalangan mereka yang berkulit kering dan sensitif. Molekul dalam pelembap ini mengekalkan kandungan air dan membantu kulit untuk lebih lembut dan sihat.

APAKAH PERKARA PALING PENTING APABILA MEMILIH PELEMBAP?

Ia harus mengandungi hypoallergenic kerana sesuai untuk kulit sensitif, bukan comedogenic (ia tidak menutup pori), tidak mempunyai bahan pewangi agar tidak menyebabkan atau memburukkan masalah ekzema.

Tidak semua pelembap berfungsi dalam cara yang sama. Ada yang lebih baik kerana ia diformulakan dengan kandungan ceremides atau molekul yang setara dengannya, yang tidak hanya melembapkan kulit tetapi membantu membaiki perintang kulit yang pecah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.