PELEMBAP DRAMATIK

Clinique bawakan wajah baru krim pelembap terlaris mereka, Clinique Dramatically Different Moisturizing Lotion + untuk memperkasakan perintang lembapan kulit anda. Khabarnya, sebotol akan terjual setiap 4.87 saat. Hebat!

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

Diiktiraf sebagai pelembap nombor satu paling laris dibeli di Amerika Syarikat, Clinique Dramatically Different Moisturizing Lotion+ menerima suntikan baru yang mana formula tambahannya memberi kesan optimum dan tentu sekali memuaskan hati pengguna setianya mahupun pengguna baru.

Dunia kecantikan banyak mengalami perubahan sejak Dramatically Different Moisturizing Lotion diperkenalkan pada 1968, tidak hanya pada bahan-bahan yang digunakan di dalam botol-botol produk kecantikan serta kemajuan teknologi, masalah kulit manusia juga semakin pelbagai. Manusia serata dunia punya pelbagai masalah kulit, antaranya kulit kemerah-merahan, kegatalan, terbakar (burning), jerawat, kekeringan, kulit kusam dan bermacam-macam-macam lagi.

Menurut Naib Presiden Senior Pembangunan Produk Global Clinique, Janet Pardo masalah kulit yang dihidapi oleh masyarakat hari ini dipengaruhi beberapa faktor seperti pencemaran alam, perubahan cuaca, kerap mengembara, kurang tidur, makanan yang diproses, rutin hidup yang sentiasa sibuk, malah tekanan (stres) sendiri adalah faktor penyumbang utama kepada masalah kulit hari ini. Situasi ini mengundang Clinique tampil dengan formula baru untuk produk ikoniknya ini. “Anda boleh menggunakan pelembap terbaik dunia tapi tiada gunanya jika perintang kulit anda tidak menyejat lembapan. Proses melembap dan memperbaiki perintang kulit mesti seiring,” tambah Janet.

Perancangan dan proses menyempurnakan wajah baru losen pelembap ini mengambil masa selama enam tahun setengah. Seramai tiga dermatologi, 53 pakar pengkaji dan 100 ujian formula dijalankan sebelum hasil yang didambakan terhasil. Kajian untuk formula baru ini juga antara projek besar Clinique sendiri sementelah krim ini sudah mencecah usia 45 tahun, jadi jika mahu mengubahnya perlulah tampil dengan formula yang tepat dan tidak menjejaskan kepercayaan pengguna yang terus setia kepada losen ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.