PROVOKASI RONA GELAP

Tidak kira apa rona sekalipun jika hadir dalam ton gelap, ia mencipta tarikan tersendiri pada kuku.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Kuku rona gelap menjadi pilihan selebriti tidak kira kala bersantai ataupun di permaidani merah! Namun, dalam kita cuba mengambil ilham daripada selebriti, kita juga perlu tahu cara yang betul menggayakan rona-rona gelap ini. Makin gelap ronanya lagi mudah kuku kelihatan comot dan silap gaya ia tampak menakutkan! EH! kongsikan sedikit tip yang boleh diaplikasikan kala mengenakan pengilat kuku rona gelap ini.

Potong kuku dan bersihkan bahagian kutikel. Kuku yang pendek memberi hasil yang lebih menawan kala memakai rona gelap, jika terlalu panjang ia akan terlalu menonjol dan menakutkan.

Oleskan base coat (asas pengilat kuku tanpa rona) agar mudah dicuci. Jika anda terus mewarnakan kuku tanpa menggunakan asas ini, anda akan mengalami masalah ketika mencucinya, malah permukaannya juga akan tampak tidak rata.

Untuk membuat rona kuku tampil lebih menyerlah dan tebal cuba oleskan dua lapisan yang tipis (olesan yang terlalu tebal membuatkan lapisan mudah terhakis).

Akhiri dengan top coat (lapisan jernih dioles atas pengilat kuku, hadir dengan tekstur kilat atau pusam) bagi membuatnya tahan lebih lama dan tahan lasak.

ELAKKAN!

Meletakkan apa-apa hiasan manik pada kuku rona gelap kerana ia akan menghasilkan look yang ‘cluttered’, mungkin juga kebudak-budakan.

Palitan dua ton atau lebih membuatkan kuku kurang menyerlah, untuk lakukan gaya ini seeloknya digayakan dengan rona kuku yang terang atau pastel.

Jika anda mempunyai kulit rona gelap, elakkan pewarna kuku rona gelap yang mempunyai tekstur pusam atau top coat kemasan pusam kerana kombinasi ini akan menjadikan tangan anda tampak kusam!

Dior Vernis RM75

Urban Decay Nail Polish RM49

Sephora Nail Designer RM26

Nails Inc Nail Polish RM59

M.A.C Nail Lacquer

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.