MESRA RONA

Gandingan rona terang dan lembut sentiasa tampak ‘mesra’ pada wajah, jadi kekalkan kemesraan ini dengan menyeimbangkan rona.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Apabila mengoles pengilat bibir ton terang perlu dipadankan dengan solekan mata yang minimum bagi memberi ‘look’ yang lebih seimbang namun kekal menyerlah. Begitu juga dengan bahagian wajah yang lain. Ikuti tip dan trik bagaimana solekan wajah tampak menyerlah dengan gandingan sempurna. 1 Bibir Terang Untuk bibir tampak menarik dan menyerlah pastikan anda mengoles gincu rona terang terlebih dahulu diikuti dengan pengilat bibir yang lebih lembut ronanya, dan hanya calitkannya di tengah-tengah bibir. Ini dapat mengelakkan kilauan pengilat bibir tadi daripada merebak hingga ke tepi bibir secara tidak langsung terkena pada kulit. Gandingan buat bibir yang menyerlah ini adalah solekan mata yang sangat minimum. Apa yang mata anda perlukan hanyalah maskara atau penggaris mata tipis.

2 Mata Rona Segar Tekstur kilauan sebagai pembayang mata akan menghasilkan mata yang tampak galak keterlaluan, dengan itu cuba tekstur krim yang mempunyai kemasan satin. Sekiranya anda penggemar penggaris mata hitam cuba bertukar kepada rona-rona yang lebih ceria seperti kuning cair, jingga atau lime green pada kelopak mata anda dengan palitan maskara yang tebal serta bibir rona asli.

3 Pipi dan Bibir Rona

Merjan Merah merjan dapat menyerlahkan rona yang menawan dan feminin apabila ronanya tidak terlalu pekat. Pemerah pipi rona ini cantik dengan apa sahaja tekstur, sama ada krim atau bedak asalkan ia tidak berkilau. Manakala bibir pula dimaksimumkan kilauannya.

4 Pembayang Mata Biru Kelopak mata diwarnakan biru kemudian dialit penggaris mata rona hitam di sekelilingnya. Garisan bulu mata pula dialit penggaris mata rona biru seperti kelopak mata tadi dan dikemaskan dengan maskara hitam serta bibir asli. Sekiranya anda berasa penggunaan rona biru untuk keseluruhan kelopak mata agak keterlaluan, cuba hadirkan rona biru pada solekan sebagai penggaris mata.

2

x T xx TX O Cx S xx YX M E R E J

1

Clinique Chubby Stick Tint Shadow RM60

Cle De Peau Extra Rich Lipstick

Laneige Silk Intense Lipstick

Chanel Le Blush Creme Inglot Palette Blush

4

Inglot Eyeshadow

Inglot AMC Eyeliner Gel

Mary Kay Sheer Dimension Blush

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.