KEKALKAN KELEMBAPAN KULIT DENGAN:

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1 Pilih pembersih yang lembut (gentle cleanser). Andrea LynnCambio, seorang dermatologi dari New York menyarankan anda menggunakan sabun yang lembut dan mengandungi bahan-bahan seperti susu dan madu sewaktu mandi. Ada baiknya juga menggunakan sabun yang bebas pewangi atau bahan aktif antibakteria yang keras 2 terhadap kulit. Gunakan pembersih yang mengandung ceramide. Ceramide merupakan molekul lemak yang menyusun lapisan luar kulit dan membantu menjaga kelembapan kulit. 3 Sinar matahari serta kekurangan air antara penyebab utama kulit kering, dan anda boleh mencegah kerosakan dengan menggunakan pelembap yang hadir dengan SPF serta dengan pengambilan air yang cukup. Biar ada yang menyarankan pengambilan lapan gelas air sehari, namun sebenarnya ia bergantung pada aktiviti anda, lebih banyak aktiviti yang dilakukan lebih banyak air yang diperlukan. Jangan fikir sekali gus anda minum lapan gelas air pada waktu yang sama, sudah mencukupi untuk hari tersebut. 4 Oles krim pelembap tiga atau empat kali sehari seeloknya selepas mandi. Sekiranya anda mengalami masalah kekeringan di sekeliling mulut, sapukan jeli petroleum setiap 5 kali sebelum tidur. Sekiranya anda tidak selesa dengan tekstur krim, cuba gunakan pelembap bertekstur ringan seperti emulsi atau serum untuk hasil yang lebih memuaskan, ia juga tidak melekit malah kekal lembap sepanjang hari.

CLINIQUE REPAIRWEAR UPLIFTING FIRMING CREAM Selain melembap, ia juga berfungsi menganjal serta menegangkan kulit agar tampil sihat dan kekal muda. RM310

LA MER MOISTURIZING CREAM Teksturnya yang pekat mampu meresap ke dalam kulit dan mengekalkan kelembapan kulit lebih lama. RM1500

DIOR CAPTURE TOTALE CREME DE NUIT Khusus untuk merawat kulit sepanjang malam. Ia mengembalikan kelembapan serta keremajaan kulit. RM510

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.