WAJAH BARU PRODUK ANTIPENUAAN TERLARIS

Clarins melancarkan generasi baru produk antipenuaannya, Extra Firming. Apakah formula baru dan janjinya pada kulit?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Krim Extra-Firming keluaran Clarins ini memang sudah lama mendapat tempat di hati pengguna setianya. Sejak mula dilancarkan, ia kekal menjadi produk antipenuaan paling laris di Perancis selama 15 tahun dan khabarnya ia terjual setiap tujuh saat di seluruh dunia.

Terbaru, Clarins melancarkan dua krim iaitu Extra-Firming Day & Night Creams. EH! sempat duduk menemu bual Ketua Makmal Clarins, Eric Gooris yang terbang ke Kuala Lumpur dari Paris pada hari pelancaran. Ikuti temubual eksklusif ini. 1 Apa pendapat positif pengguna selama ini terhadap rangkaian produk antipenuaan Clarins sebelum ini? “Tentu sekali akan teksturnya. Clarins memang dikenali akan teksturnya yang bagus. Kami di Clarins menjalankan kajian yang banyak sebelum mengambil keputusan untuk mengeluarkan sesuatu produk, termasuklah soal teksturnya.” 2 Produk ini punya bau yang menyenangkan, dari mana datang baunya? Sesetengah pengguna sensitif akan produk yang mengandungi bahan pewangi. “Bau yang menyenangkan ini datang daripada kelopak camelia, mawar dan melur. Baunya dulu agak kuat tetapi menerusi formula baru ini, aromanya lebih ringan.” 3 Anda kata Clarins cukup prihatin akan tekstur setiap produknya, adakah rangkaian produk di Asia punya tekstur berbeza dengan Eropah? “Ya, untuk pengguna Asia kami terpaksa hasilkan produk yang bertekstur lebih ringan. Bukan sahaja perlu disesuaikan dengan jenis kulit malah cuacanya juga.” 4 Di Asia, rasanya pasaran untuk produk pencerahan lebih mendapat sambutan. Bagaimana dengan produk antipenuaan? “Pasarannya semakin berkembang, dan hari ini makin ramai yang mengambil langkah awal dalam memelihara kulit daripada tanda-tanda awal penuaan.” 5 Pada usia berapa paling sesuai untuk menggunakan produk ini? “Usia 35 tahun adalah yang paling sesuai. Pabila usia anda mencecah 30, saya sarankan anda gunakan produk yang dicipta untuk extra firming.” 6 Dalam satu masa, berapa jenis krim dan berapa lapis krim yang boleh disapu pada kulit demi memastikan keberkesanannya? “Kita boleh menggunakan dua jenis serum dalam satu masa. Dan jika anda menggunakan Clarins Double Serum, tentukan ia disapu terlebih dahulu kemudian barulah serum lain. Lengkapkan dengan pelembap dan krim tabir suria.”

1

2

1 EXTRA-FIRMING DAY, RM300 (50ML). Diperkaya dengan ekstrak pisang hijau yang mengukuhkan pautan di antara fibrolast dan fiber kolagen. Ia juga bertindak menguatkan sambungan di antara sel-sel dermal. Krim ini turut mengandungi ekstrak lemon thyme yang mengukuhkan sambungan fiber elastik dan fiber kolagen.

2 EXTRA-FIRMING NIGHT, RM300 (50ML). Ia mengekalkan wajah yang tampak muda dan memastikan kedutan tidak semakin dalam. Ia mengandungi peptida beras yang bertindak melindungi keadaan sekeliling sel tunjang dan memanjangkan jangka hayatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.