Rouge Dior; Adibusana Buat Bibir

SEJAK PENGENALANNYA, GINCU ‘COUTURE’ INI SUDAH PUNYA 1,500 WARNA. EH! KE TOKYO MENYINGKAP SEJARAH PENCIPTAANNYA DAN MEMBURU KHABAR BARU GINCU AGUNG INI.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Bagaikan mengulangi semula kembara sulung saya ke Negara Matahari Terbit itu tiga tahun lalu, saya sekali lagi ke Tokyo bersama Dior menghadiri majlis pelancaran himpunan baru Rouge Dior. Bilangan media dari Malaysia kali ini lebih kecil berbanding dulu kerana jemputan ini eksklusif sementelah majlisnya bukan calang-calang kerana diserikan dengan kemunculan figura duta Dior dan juga penyandang trofi Pelakon Wanita Terbaik Oscar, Natalie Portman (bual bicara saya bersama Natalie akan menyusul dalam edisi akan datang).

SEJARAH ROUGE DIOR

Semuanya bermula pada 1949 pabila Christian Dior memperkenalkan siluet baru dan pengenalan mengejut haruman debutnya, Miss Dior. Tidak cukup dengan itu, Christian Dior mahu menyempurnakan penampilan seorang wanita dengan salutan indah buat bibir penggaya busananya. Dressing women’s

smiles matlamatnya.

Pada asalnya gincu Christian Dior dihasilkan dalam jumlah yang amat terhad, dan ia dijadikan sebagai bingkisan Hari Natal buat pelanggan setia butiknya di 30 Avenue Montaigne. Respons positif kepada gincunya ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Christian Dior meletakkan gincu ciptaannya ini sama tinggi tarafnya dengan adibusananya.

Pada 1953 sejarah tercipta pabila secara rasminya Rouge Dior lahir di pasaran. Christian Dior menghasilkan lapan warna, dari merah ke jingga, rona-ronanya dibayangkan sebagai penyempurna kepada semua rona kulit

dan kompleksi wajah, secucuk pula dengan warna-warna adi busananya. Dan istimewanya gincu ini diabadikan dalam bentuk yang cukup unik, bekasnya berbentuk obelisk. Sekali lagi, gincu ini hanya boleh didapati di 30 Avenue Montaigne.

KEAGUNGAN 60 TAHUN

Jika dikira-kira sejak kelahirannya, keluarga Rouge Dior sudah punya 1,500 warna. Menyambut ulang tahunnya ke-60, Dior tentunya mahu melakukan sesuatu yang istimewa buat gincu pujaan ramai ini.

Rangkaian baru Rouge Dior ditampilkan dalam gaya yang cukup sempurna attitudenya. Sebagaimana tujuan asal penciptaannya, Rouge Dior adalah penyeri kepada setiap langkah wanita. Rouge Dior yang baru ini tampil dalam gaya yang lebih relevan, seiring dengan gaya hidup wanita masa kini - celana denim, sepatu tinggi dan… Rouge Dior, calitannya adalah satu

statement gaya. Sebagaimana beg Miss Dior, begitu jugalah Rouge Dior, tidak ditelan zaman.

Setiap wanita punya pilihan rona tersendiri, ia bagaikan signature peribadi pada penampilan. Memahami kehendak wanita, Rouge Dior tampil dengan empat ‘keluarga’ warna - merah, merah jambu, beige dan koral. Ada 32 warna semuanya. Kata Pengarah Kreatif Kosmetik Dior, Tyen “Merah jambu adalah ekspresi keriangan, merah simbol luahan penuh keanggunan,

beige pula ronanya semewah kashmir manakala koral adalah rona mentari.” Tiap satu warnanya universal, padan dengan apa sahaja ton kulit. Bak kata mereka, “there is no room for error.” Sejajar pula dengan tarafnya dalam dunia kosmetik Dior, warna-warnanya dinamakan dengan nama-nama dunia fesyen Dior.

MEWARNA & MEMELIHARA

Selain menyeri senyuman dengan deretan rona mewah Rouge Dior, dalam masa yang sama menyuntik khasiat pada bibir. Rouge Dior punya rawatan yang melembut, menambah mungil bibir sekali gus membangkitkan pancaran ronanya.

Rouge Dior dimewahkan dengan ekstrak Rock Samphire yang bertindak merangsang pembaharuan sel, melembutkan bibir hari demi hari. Ia juga terkandung asid hyaluronic yang segera mencipta bibir mungil. Biasan dan pantulan cahaya antara dua bibir mencipta rona yang lebih menyerlah.

Rouge Dior dibekaskan dalam kelongsong biru gelap, lakuer berkilat dan diperindah dengan ‘cincin’ rona perak berukir motif canewrok, sama seperti beg Miss Dior. Atas penutupnya diabadikan dengan abjad CD. Sebagaimana ikoniknya ciptaan Christian Dior yang lain, begitu juga ikoniknya gincu Rouge Dior, mungkin juga seikonik bibir anda. Gincu Rouge Dior, RM100 sebatang.

Natalie Portman

1

2

3

4

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.