Kulit Muda Remaja

PENYELESAIAN BUAT KULIT KEKAL MUDA DENGAN RANGKAIAN ANTIPENUAAN YANG DIPATENKAN, DYNAMIC COLLAGEN EKSKLUSIF DARIPADA LANEIGE.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Penuaan adalah satu perkataan yang sangat biasa didengari apabila umur mulai menjengah tiga dekad. Segala tanda-tanda penuaan seperti garis halus, garisan ketawa, kedutan di tepi mata dan kulit mengendur kian ketara. Memang benar ia adalah satu proses semula jadi yang akan dihadapi namun dengan teknologi terbaru yang terhasil dalam Time Freeze Essence dan Time Freeze Wrinkle Filler, tidak mustahil kulit anda mampu kembali muda! Dan sesuai juga buat anda yang ingin mengekalkan kecantikan kulit sekarang, rangkaian ini berupaya menghentikan masa lantas kulit kekal muda remaja.

Fungsi & Kesan

Mengaktifkan kolagen yang lemah kepada satu bentuk kolagen baru yang lebih sihat di samping mengundurkan kembali lima tanda penuaan kritikal. Kulit akan tampil lebih lembut, anjal dan tegang. Langkah 1: Watering Peptide Pantas meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menghasilkan asid hyaluronik semula jadi yang terdapat di dalam kulit. Proses ini mampu membantu kulit mengekalkan kelembapannya dalam jangka masa yang lebih panjang. Watering Peptide juga berupaya menambah serta menguatkan lagi keanjalan kulit sementara ia memerangkap serat kolagen. Langkah 2: Dynamic Collagen Diformulakan bersama pinitol iaitu bahan semula jadi daripada ekstrak pokok Carob. Pinitol ini berfungsi mengaktifkan lagi kolagen baru dan menyingkirkan kolagen lama. Hasilnya kulit akan terasa lebih lembap walaupun terdedah kepada cuaca yang teruk, malah kulit juga diberikan perlindungan yang sempurna daripada sinaran UV.

Rangkaian ini juga telah diuji secara klinikal dan terbukti dalam masa enam minggu. Hasilnya kulit: Lebih anjal, meningkat sehingga 75% Garis-garis halus semakin berkurangan Ton lebih sekata Kulit bertambah baik dari segi kelembapan dengan peningkatan sebanyak 81%.

THE TIME FREEZE ESSENCE, 40ML RM220 Penjagaan keseluruhan dengan memperbaiki lima faktor penuaan, berformulakan Dynamic Collagen dan Watering Peptide. TIME FREEZE WRINKLE FILLER, 20ML RM165 Rawatan untuk mengurangkan kedutan yang ketara, mengandungi 11% Vitamin C asli dan hadir dengan formula Dynamic Collagen serta ekstrak Carob Bean.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.