KRIM SUPER DARIPADA KIEHL’S

Tidak tertumpu merawat tanda-tanda penuaan tertentu, krim ini memudarkan masalah kulit berusia secara menyeluruh.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Kembara saya ke kota New York April lalu telah banyak membuka mata saya tentang jenama yang mula diasaskan pada 1851 ini. Bermula sebagai farmaseutikal, Kiehl’s memulakan kajian tentang formula produk penjagaan kulit dan masih mengekalkan sains perubatan sebagai asas formula mereka. Kiehl’s dibangunkan oleh keluarga berlatar belakangkan dunia farmaseutikal, maka corak pemikiran mereka sering berkait rapat dengan perubatan. Hingga kini, formula dihasilkan oleh Kiehl’s dicipta untuk jangka masa panjang. Jadi, setiap produk yang dihasilkan adalah berteraskan kepada hasil kajian, bukan hanya menurut arus trend semasa.

Terbaru, Kiehl’s melancarkan Super Multi-Corrective Cream, yang mana krim ini dicipta khusus untuk memudarkan tanda-tanda penuaan pada kulit. Kajian yang berjalan selama 17 bulan ini dicipta dengan objektif untuk melenyapkan tanda-tanda jelas penuaan seperti kontur, keanjalan, tekstur, kepejalan serta kedutan.

TINDAK BALAS KULIT

“Di Kiehl’s kami diinspirasikan oleh alam semula jadi termasuk bagaimana tubuh manusia bertindak balas. Kulit muda boleh mengawal, melindung dan memperbaharui selnya secara sendiri. Jadi kami mendalami tentang empat tindak balas kulit penting ini bagi menghasilkan satu inovasi antipenuaan yang berkesan,” ujar Naib Presiden Pendidikan dan Perhubungan Pelanggan Kiehl’s, Cammie Cannella.

Pengurus Makmal Penjagaan Kulit, Penyelidikan dan Inovasi Kiehl’s, Dr. Geoffrey Genesky pula menambah, “Peringkat awal penyelidikan semasa menghasilkan produk antipenuaan ini, pakar kimia kami menumpukan bagaimana tindak balas serta kawalan kulit secara semula jadi. Dari situ kami tahu apakah bahan-bahan yang sesuai diguna dan ideal untuk digabungkan.”

“Hasilnya kami berjaya tampil dengan ‘Tri-Active Technology’, yang menggabungkan asid jasmonic, ekstrak Beech Tree dan asid hialuronik. Setiap bahan yang digunakan punya fungsi berbeza. Kombinasi ini menghasilkan formula unik dan berkesan untuk mendapatkan kulit yang tampak muda.”

Menurut Dr Genesky, tanda-tanda penuaan setiap etnik adalah berbeza. Menurutnya, orang Asia kebanyakannya akan mengalami tanda penuaan awal pada bahagian rahang, di mana kulit pada bahagian tersebut akan kendur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.