SENSUAL HITAM PUTIH

Solekan yang menyerlah menyempurnakan penampilan sederhana. Pastikan musim ini anda gayakan rona lembut dan metalik, pasti menawan!

EH (Malaysia) - - Ubah Gaya -

“Mainan rona lembut dengan tekstur metalik menyerlahkan mata, tidak semestinya rona

gelap sahaja.”

Nur Shaiirah atau lebih senang dengan panggilan Shasha, hadir dengan gaya yang lengkap dengan gincu terang, kemas berjaket hitam digandingkan bersama blaus peplum di dalam. Mujurlah gaya yang kami pilih kali ini berlainan daripada gaya peribadi Shasha. Gaun labuh hitam putih yang kami pakaikan nyata memberi efek berlainan padanya biarpun dia sering juga bergaya sebegini. “Saya suka juga bergaya dengan dress labuh kala bersiar-siar, cuma hari ini saya selesa berseluar dan berjaket,” kata Shasha.

Sebelum penggambaran, Shasha sibuk menyatakan yang dia tidak tahu ‘berposing’. Namun apabila mula saja penggambaran, terbukti Shasha memang bijak bergaya walaupun tampak agak kekok pada awalnya. Dress labuh tersebut berjaya menyuntik gaya santai namun kekal anggun, ia juga nyata lebih selesa. “Saya sebenarnya lebih suka menggayakan dress labuh daripada gaun pendek, seperti yang saya pakai ini, saya suka sangat! Berapa harganya?” seloroh Shasha sejurus selesai penggambaran.

selepas

sebelum SIAPA DIA? Nama: Nur Shaiirah Umur: 20 tahun Pekerjaan: Pelajar Tinggi: 164cm Berat: 40kg Asal: Subang Jaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.