S.O.S KULIT BERMASALAH

Kekalkan wajah menawan dan berseri walaupun di kala anda datang bulan!

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

SOALAN: Saya mempunyai masalah kulit setiap kali datang bulan. Apa yang boleh saya

Huda, Puchong lakukan? -

Kulit meragam saban bulan, membuat anda tidak keruan dan tertekan. Sebenarnya ada cara untuk anda menyamarkan cela atau ‘bonjolan’ yang tumbuh kesan perubahan hormon.

Mungkin anda juga ragu untuk bersolek kala wajah bermasalah bimbang kesannya semakin teruk, usah fikir terlalu jauh, cuma ikut langkah-langkah berikut, mungkin inilah tip dan trik yang anda nantikan selama ini. Bermula dengan cucian, pastikan anda mencuci wajah pada waktu malam sahaja, waktu pagi cuma bilas wajah dengan air sejuk. Elak memakai bedak asas! Asas anda cumalah pelembap bebas minyak serta tabir suria atau tinted moisturizer. Solekan pula lebih bergantung kepada keadaan kulit serta bahagian mana yang paling terjejas. Jika di pipi, lebihkan solekan di bahagian mata dan bibir. Jika dagu yang terjejas, lebihkan solekan pada mata dan pipi. Ini akan mengalihkan perhatian dan mencipta tarikan kepada bahagian wajah yang tidak bermasalah. Di kala kulit merengsa, satu yang anda perlu ingat ialah mencucinya dengan kerap tidak akan memberi kesan yang baik walaupun memberi kelegaan sementara. Cuci wajah anda dengan kerap hanya akan mengaktifkan lagi kerengsaan kulit. Jadi biarkan ia sembuh secara semula jadi dengan bantuan krim yang mampu melegakan kerengsaan.

Anda bisa mencegah atau menghilangkan cela dengan cara yang betul, langkah-langkahnya adalah seperti berikut: 1Lakukan

Pengelupasan Kulit Dua Kali Seminggu Ia membantu kulit agar lebih bersih dan secara tidak langsung mengurangkan sebum pada kulit. Selain bertindak menyingkirkan kulit mati, ia juga bertujuan untuk menghapuskan bakteria. 2Gunakan

Pelembap Bebas Minyak Kulit yang sihat cenderung melembap, jadi pilihlah produk pelembap bebas minyak dengan bahan ‘noncomedogenic’ pada labelnya. Produk ini tidak akan menutup pori-pori atau menyebabkan jerawat. 3Minum

Air Yang Banyak Sepanjang Hari Ini untuk memastikan badan mempunyai kandungan air yang cukup. Selain itu, ikutilah diet sihat seperti pengambilan buah-buahan dan sayursayuran serta Vitamin A dan E kerana ia baik untuk kulit. 5Hindari

Kosmetik Berat Khususnya Kosmetik Berasaskan Minyak Bedak asas atau pemerah pipi jenis krim bisa menutup pori-pori. Sedang kosmetik yang lebih ringan dan berbentuk serbuk atau kompak tidak akan menutup pori . 6Percik

Air Sejuk Ke Muka Sebelum Mengoleskan Bedak Asas Dingin air akan membantu menutup pori. Dan sebelum tidur, pastikan wajah bebas solekan! Termasuk krim tabir suria.

CHANEL VITALUMIERE COMPACT DOUCEUR RM300 CLINIQUE CHUBBY INTENSE RM68 REVLON PHOTO READY BB CREAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.