PERSOALAN MENGENAI VAGINA “Sihatkah Miss V Saya?”

TERLINDUNG DARI PANDANGAN, MEMBUATKAN ANDA KADANGKALA ALPA MENJAGA KESIHATANNYA.

EH (Malaysia) - - Seks -

Vagina yang berbau adalah tanda alat sulit yang tidak sihat dek pembiakan bakteria. Seperti ketiak, ia adalah kawasan yang mudah lembap. Apatah lagi bagi wanita yang sudah berkahwin, penjagaannya perlu lebih diambil perhatian kerana komitmen hubungan intim antara anda dan suami. Ketahui segala yang perlu anda tahu mengenai organ sensitif ini.

AKIBAT

Ketahuilah pelbagai masalah boleh dihidapi kerana tidak menjaga kebersihan alat sulit. Vagina yang bermasalah boleh mengakibatkan ketidaksuburan untuk mengandung, tiada keinginan untuk hubungan seks dan susah mencapai klimaks. Masalah jangka panjang pula boleh mengganggu hubungan bersama suami dan membuatkan hilang keyakinan diri. “VAGINA SAYA MENGELUARKAN REMBESAN. ADAKAH IA NORMAL?” Memang normal apabila ada cecair putih atau jernih yang merembes keluar daripada vagina kerana ia melindungi alat sulit daripada kuman. Namun, apabila rembesan itu berbau, berwarna kuning, kelabu atau hijau serta berketul ia menandakan vagina anda tidak sihat. “APA PETANDA VAGINA TIDAK SIHAT?” Rembesan yang keluar menandakan tahap kesihatan vagina anda. Berikut adalah kemungkinan yang perlu diambil kira:

JANGKITAN YIS: Ada ketulan dan gumpalan putih yang seakan keju kotej. Mengalami kegatalan di bahagian alat sulit dan bengkak di bahagian luar vagina.

VAGINOSIS: Rembesan berwarna kuning, hijau atau kelabu adalah disebabkan jangkitan bakteria. Baunya juga hanyir dan tidak menyenangkan.

TRICHOMONIASIS: Bau rembesan yang terlalu kuat dan meloyakan seperti telur busuk adalah petanda penyakit jangkitan seksual dikenali juga sebagai Sexually Transmitted Disease (STD). Rembesan itu juga kadang-kadang berbuih.

CHLAMYDIA ATAU GONORRHOEA: Jika anda tidak mengandung atau didatangi haid, dan mengalami rembesan yang terlalu banyak secara tiba-tiba menandakan anda mengalami salah satu penyakit STD ini. Ia juga boleh menyebabkan rasa pedih ketika buang air kecil. “BAGAIMANA CARA PALING TEPAT UNTUK MEMBERSIHKAN KAWASAN ALAT SULIT?” Disarankan membasuh kawasan luar vagina setiap hari dengan air suam. Jangan gunakan tekanan air yang kuat, dikhuatiri mengganggu kawasan rangsangan seks. Hindari penggunaan sabun dan usah kerap mengguna pencuci alat sulit wanita. Vagina sememangnya perlu lembap dengan rembesan semula jadi, jadi kekerapan mencuci dengan sabun menyebabkan ia kering. “ADAKAH BULU DI KEMALUAN MENGGANGGU KESIHATAN VAGINA?” Ya, kerana itu anda perlu kerap mencukur bulu di kawasan itu. Bulu yang terlalu lebat menyebabkan kelembapan berlebihan dan memerangkap bakteria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.