GEJALA BIPOLAR

Kadang anginnya elok kadang bikin orang jadi pusing, bipolar dalam diam menular dalam diri setiap generasi moden hari ini.

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

Watak Tiffany lakonan Jennifer Lawrence dalam filem Silver Linings Playbook memberi refleksi kepada persoalan emosi, kurangnya perhatian juga tekanan hidup yang menjerat seseorang itu kepada satu tindakan yang di luar akal logik manusia. Dia boleh menjadi manusia normal dengan berbual, bersenda dan tiba-tiba emosinya berubah kepada amarah yang melampau. Saya menonton filem ini berulang kali untuk melihat perkaitan realitinya dengan persekitaran kehidupan serba canggih dan pantas hari ini.

Melinda Smith dalam artikel Bipolar Disorder Signs & Symptom menulis penyakit bipolar ini bersangkut-paut dengan pemikiran, emosi dan kelakuan seseorang individu. Ia berbeza dengan perubahan mood biasa manusia normal kerana momentum emosi mereka yang mempunyai masalah yang disebut sebagai mental disorder ini boleh menjadi ekstrem mengakibatkan kemurungan juga kegembiraan yang melampau tanpa pengaruh dadah atau alkohol.

Tambah Smith, setiap tindakan mereka dilakukan dengan drastik tanpa mengira logik akal atau perasaan orang yang dekat dengan mereka.

Mudah untuk marah dan menyalahkan. Tidak realistik dalam penilaian. Mengalami masalah tidur tetapi sentiasa punya tenaga luar biasa.

Bercakap dengan sangat laju sehingga tiada siapa yang dapat menangkap perbualan mereka.

Kerap berfikir yang mengakibatkan halusinasi melampau. Mudah menghakimi orang sekeliling. Mudah lupa dengan janji yang dibuat.

APA PENAWARNYA? Dr. Linda Papadopoulos dalam satu temubual bersama HELLO! Online berhubung isu ini menyatakan setiap individu hari ini harus melihat dan mengenal diri sendiri. Jangan terlalu larut dan terbuai dengan apa yang dilakukan. Dr. Linda memberitahu mereka yang workaholic juga mempunyai kecenderungan mengalami gejala ini. Menurutnya setiap individu harus faham akan kepentingan keseimbangan dalam hidup – perhubungan, sikap profesional dan bagaimana mahu mengawal perasaan.

Melinda Smith pula menyatakan setiap daripada manusia yang menjalani kehidupan serba moden perlu punya ilmu tentang penyakit begini kerana ia mudah menyerang sesiapa sahaja yang tidak mampu mengawal keinginan untuk memiliki berlebih-lebihan. Sentiasa perlu ada sistem sokongan seperti keluarga dan teman rapat serta sentiasa melihat di mana kekurangan diri dan mengawal emosi dengan baik.

BAHAGIKAN MASA Berbalik soal keseimbangan dalam hidup. Bagaimana anda membahagikan masa antara kerja, perhubungan, minat dan waktu rehat. Ambil masa untuk berehat daripada hanya fokus pada satu perkara sahaja. Sebagai contoh, seseorang yang menghabiskan banyak masa pada kerja sahaja sebenarnya mampu membuatkan emosi mereka terganggu dan membawa mereka kepada fasa di luar norma. Jadi kita harus bijak membahagikan masa dan jangan hanya terikat dengan satu perkara pada setiap masa yang ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.