PENAMPILAN VS PERSONALITI

Pakar psikologi, Jeremy Nicholson, menjalankan kajian mengenai pengaruh keterampilan luaran terhadap pembentukan personaliti seseorang pada mata umum.

EH (Malaysia) - - Etika -

Menurut Jeremy Nicholson, keterujaan lelaki dan wanita untuk kelihatan cantik contohnya (dalam soal bekerja dan perhubungan), jikalau penilaian itu datangnya dari pihak majikan atau tanggapan pertama kaca mata pasangan, keutamaan mereka adalah untuk tampil cantik dan menonjol pada luaran sahaja manakala personaliti jatuh ke tempat kedua kerana ia dianggap tidak penting dan hanya dapat dilihat melalui pemerhatian yang mendalam.

Angelique Reder dalam artikelnya pula menulis, wujud ‘kepercayaan’ di Amerika iaitu “If I do not look like a model,

I am not good enough.” Sedangkan, untuk seseorang melihat kemahiran dan personaliti yang dimilikinya, penampilan luaran tidaklah sepenting mana cuma perlulah seimbang. Apa pendapat anda?

Kajian & Hasilnya....

1 Untuk menguji daya tarikan personaliti seseorang, satu kajian telah dibuat melalui pemberian gambar wanita (pelbagai saiz tubuh badan) dan dianalisis oleh sekumpulan lelaki. HASILNYA

Personaliti positif lebih berpihak kepada individu yang memiliki tubuh badan yang menarik.

Sifat dan mimik muka positif mempengaruhi daya tarikan fizikal seseorang (mimik muka gembira + tenang = positif) Lelaki lebih mudah dinilai melalui

2 penampilan luarannya berbanding wanita. 3 Penampilan luaran mempengaruhi tahap keyakinan seseorang. Jika fizikalnya menarik, dia akan tampil lebih yakin. 4 Kanak-kanak yang memiliki rupa paras yang kurang menarik, berkemungkinan kurang atau tiada teman bermain. Pada peringkat awal percintaan,

5 rupa memainkan peranan penting. Lama kelamaan personaliti yang bertindak mengekalkan hubungan dalam jangka masa panjang. Oleh sebab terpengaruh dengan imej

6 menarik selebriti, ada sesetengah mereka menjalani pembedahan plastik untuk tampil sama seperti rupa idolanya.

“Sentiasa percaya dan tonjolkan kebolehan diri. Keluar dan cari personaliti inspirasi anda dan sesuaikannya.”

– BRUCE LEE

Apa Yang Perlu Anda Buat?

WASPADA DENGAN GAYA TERKINI Jangan mudah terpengaruh dengan gaya hangat yang terpampang di dada media. Tiada salahnya menjadi seorang yang up-to-date, cuba pilihlah yang bersesuaian. WARNA DAN CORAK Tidak salah memilih warna dan corak yang mencuri tumpuan. Cuma ia perlu seimbang dengan padanan aksesori dan corak serta berjaya menghidupkan peribadi si pemakai. TONJOL PERSONALITI POSITIF Tolak tepi bentuk badan dan saiz fizikal. Perbaiki cara bercakap, mengeluarkan pendapat, bergaul dan bekerja mengikut cara positif. LANGKAH PERLAHAN Jangan gopoh menunjukkan siapa diri anda. Misalnya dalam perbualan, dengar pendapat orang lain dan biarkan komunikasi dua hala itu berlaku secara natural.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.