Fenomena Online Shopping & Kupon Diskaun

MENGAPA PERLU MEMBAZIR MASA DI PUSAT BELI BELAH HANYA UNTUK MEMBELI SEHELAI BAJU?

EH (Malaysia) - - Wang&anda -

Dunia sudah maju dengan pelbagai kemudahan yang memudahkan kehidupan, termasuklah perihal pembelian barangan. Dari online shopping sehinggalah trend terkini yang menjimatkan iaitu kupon diskaun. Cuma perlu bijak berurusan, usah hingga jadi mangsa penipuan.

1BELI

BELAH ONLINE

Sedikit-sebanyak ia telah mengubah cara hidup penduduk Malaysia seiring kecanggihan teknologi yang begitu pesat membangun. Ini menunjukkan Malaysia tergolong dalam pengguna tech-savvy. Mereka juga boleh berinteraksi dengan penduduk dari luar negara dan berkongsi budaya serta barangan eksklusif yang hanya terdapat di sana. Online shopping juga membuka peluang kepada peniaga tempatan yang menjual barangan mereka di internet kerana skop pengguna internet yang begitu luas. 2BAHAYA

DAN BAHANA

Sememangnya, online shopping memudahkan dan menjimatkan masa pengguna. Namun, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan masalah:

PENGGUNAAN KAD KREDIT

Pengguna Malaysia lebih gemar membayar pembelian melalui online menggunakan kad kredit. Hati-hati, jika tidak dikawal, pengguna boleh berhutang sehingga ribuan ringgit sebulan. Mereka tidak sedar berapa banyak wang yang telah dihabiskan, justeru

mereka berbelanja tanpa rasa bersalah.

KETAGIH

Pabila sudah ketagih, online shopping bisa buat pengguna tidak tidur malam. Ada yang sanggup menghabiskan masa berjam lamanya hanya untuk membelek barang idaman secara virtual.

KENA TIPU

Pembelian pengguna tidak sama dengan apa yang dilihat di skrin komputer! Kerana itu, masih ada minoriti yang memilih untuk membeli di pusat beli belah kerana mereka dapat melihat sendiri kualiti barangan yang ingin dibeli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.