KUPON DISKAUN. KEBERKESANANNYA?

EH (Malaysia) - - Wang&anda -

3

Di luar negara, kupon diskaun bukan perkara baru. Ramai menggunakan kupon untuk membeli barangan dapur dan kelengkapan rumah. Kupon diskaun boleh didapati di laman web yang berkaitan dan pengguna boleh membelinya dengan harga yang murah. Kupon itu kemudian digunakan untuk membeli barangan dengan potongan diskaun dalam kadar tertentu.

Secara amnya, pengguna melihat cara pembelian kupon diskaun ini memberi keuntungan kepada mereka kerana berpeluang untuk mendapatkan barangan atau servis dengan harga murah. Bagi pengguna baru, mereka boleh mengetahui mengenai produk baru tanpa perlu berbelanja banyak. Ada juga yang menawarkan potongan diskaun yang begitu tidak masuk akal nilai harganya. Namun, elakkan terlalu rambang mata sehingga mengabaikan maklumat yang perlu dicari. Jangan cepat percaya. Siasat dahulu mengenai produk dan syarikat yang menawarkan harga runtuh itu. Apatah lagi yang melibatkan percutian di luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.