LASAK & MEWAH

Ciri utamanya dinaikkan taraf bagi memberi nilai tambah buat pemandu. Hyundai Sonata 2.4 Premium tampil lasak, bergaya dan mewah.

EH (Malaysia) - - Auto -

Jika anda familiar dengan siri Sonata daripada jenama Hyundai, anda akan lebih teruja untuk memiliki siri terbaru Sonata 2.4 Premium yang saya sifatkan sebagai sedan sporty dan penuh gaya. Siri ini tampil lebih mewah dengan rekaan body yang besar daripada biasa dan tentu saja kesempurnaan pada ruang dalamnya yang cukup luas dan selesa. Rim 18 incinya pula sebagai pelengkap, bikin Sonata 2.4 Premium ini tampak lasak dan mewah. Harga pasaran bermula RM173,905.

LUKAS BLACKBOX

Bagi menambah ciri-ciri keselamatan, Sonata 2.4 Premium dilengkapkan dengan sistem keselamatan The Lukas Blackbox yang boleh merakam insiden yang di luar jangka. Kotak hitam ini dirakam menggunakan kad SD 8GB yang membolehkan anda menyalin fail yang dirakam ke dalam komputer juga sebagai bahan bukti sekiranya kemalangan terjadi.

INTERIOR

Rekaan dalam kabin serba hitam memberi ilusi cukup mewah. Kerusi dinaikkan taraf menggunakan material kulit istimewa, memberi ekstra keselesaan dengan pengubah laras tempat duduk elektronik. Melengkapkan ciri sporty nya, panoramic sunroof dengan double window protection memberi pengalaman memandu yang santai.

NAVIGASI AUDIO / VISUAL

Siri terbaru ini juga menawarkan pemandu sistem GPS yang datang dengan visual grafik yang ‘fashionable’ serta memudahkan pemanduan dengan audio yang memberi penerangan pada setiap arah. Selain itu, sistem pemain DVD juga disediakan.

ECO DRIVING

Hanya dengan melakukan tetapan cruise driving sehingga kelajuan maksimum yang diinginkan, anda tidak perlu lagi gusar jika terlanggar had laju terutama di lebuh raya. Sistem ini juga memberi nilai tambah pada penjimatan minyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.