KES SELINGKUH PALING HANGAT

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

BRAD PITT, ANGELINA JOLIE DAN JENNIFER ANISTON Percintaan dan tempoh perkahwinan antara Brad Pitt dan Jennifer Aniston selama 10 tahun berakhir begitu sahaja apabila Brad Pitt jatuh cinta dengan Angelina Jolie. Ramai yang beranggapan Pitt berpaling arah kerana tidak mempunyai anak bersama Jennifer. Dipetik kata-katanya melalui majalah Esquire, dia seakan telah membuang masanya selama perkahwinan bersama bintang siri Friends itu. ELIZABETH TAYLOR, DEBBIE REYNOLDS DAN EDDIE FISHER Salah satu kes yang mendapat liputan hangat bilamana Elizabeth Taylor kematian suaminya, Mike Todd pada tahun 1958. Ketika itu, teman baik Elizabeth, Eddie Fisher sentiasa ada di sisi dan menenangkannya, lantas menimbulkan bibit cinta antara mereka. Eddie Fisher menceraikan isterinya, Debbie Reynolds untuk mengahwini Elizabeth pada tahun berikutnya. Ketika itulah imej ‘America’s Sweetheart’ yang ada pada Elizabeth tercalar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.